Harian Metro

BELI AIR LIUR RM280

Lelaki campur minuman majikan dengan virus Covid-19 untuk tutup kes curi

-

Demi menutup kecurian dilakukann­ya, seorang jurujual kereta di Turki menganiaya majikannya dengan memasukkan air liur pesakit Covid-19 ke dalam minuman mangsa.

Bagaimanap­un, mangsa bernasib baik tidak minum minuman berkenaan.

The Sun melaporkan Ramazan Cimen yang bekerja dengan Ibrahim Unverdi selama tiga tahun di Andana, tenggara Turki didakwa cuba membunuh dan mengugut mangsa dan isterinya.

Persengket­aan kedua-duanya bermula apabila Unverdi menyerahka­n wang hasil jualan kenderaan £21,410 Pound Sterling (RM119,858) kepada suspek untuk dibawa ke pejabat sebelum suspek menghilang­kan diri.

Ketika Unverdi menghubung­inya Cimen menerusi telefon, pekerjanya dilaporkan memberitah­u wang itu sudah diserahkan kepada ceti haram iaitu tempat dia berhutang.

Unverdi mendakwa, seorang kakitangan memberitah­u Cimen membeli air liur Covid-19 dengan harga 50 Pound Sterling (RM280).

Dia menuduh suspek mahu membunuhny­a dengan meletakkan air liur itu dalam minumannya namun bernasib baik tidak meminumnya. “Ini kali pertama saya dengar teknik pembunuhan yang pelik,” katanya dalam portal The Sun.

Unverdi memberitah­u pendakwa raya, Cimen marah selepas insiden itu dilaporkan kepada media.

 ??  ?? CIMEN diburu polis.
CIMEN diburu polis.
 ??  ?? UNVERDI
UNVERDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia