Harian Metro

Singa ‘singgah’ hotel

-

Kelibat seekor singa memasuki sebuah hotel di Gujarat, India pada Isnin lalu mengejutka­n kakitangan hotel berkenaan.

Memetik laporan India Today, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n singa itu melompat melepasi tembok pagar pintu utama dan memasuki kawasan parkir sebelum ‘bersiar-siar’ dalam Hotel Sarovar Portico di Junagadh.

Pengawal keselamata­n yang duduk di pondok pintu utama ketakutan nampak kemunculan haiwan itu.

Bagaimanap­un, dia lega beberapa saat kemudian, melihat haiwan itu kembali melompat melepasi tembok itu dan menyusuri jalan utama.

 ??  ?? RAKAMAN CCTV singa di pekarangan hotel.
RAKAMAN CCTV singa di pekarangan hotel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia