Harian Metro

PROJEK KHAS RPK

Tampilkan produksi muzik dalam format audio definisi tinggi (hi- res audio)

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Barangkali sesuatu yang dianggap asing di negara kita apabila tiga pemuzik berpengala­man menamakan diri mereka RPK menghasilk­an projek khas yang menampilka­n produksi muzik dalam format audio definisi tinggi (hi-res audio).

RPK terdiri daripada hasil kerjasama di antara Rahmad Kamikaze, seorang jurutera audio yang terkenal di Malaysia, dengan pemain dram Search yang cukup berbakat besar, Pae

Sembah Bumi dan pemain gitar yang sedang menempa nama dalam industri muzik tempatan, Kenneth Kishandave.

Rahmad berkata, mereka melakar satu sejarah baharu dalam industri muzik Malaysia dengan melancarka­n dua lagu yang dihasilkan dalam format audio definisi tinggi atau lebih dikenali sebagai ‘Hi-Res audio’.

“Projek RPK ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peminat industri muzik Malaysia berkenaan inovasi terkini yang digunakan dalam produksi muzik di peringkat antarabang­sa.

“Hi-Res audio” adalah satu format audio yang memberikan pengalaman muzik yang berlainan daripada format CD atau MP3 yang sedia ada.

“Produksi muzik dalam format ‘Hi-Res audio’ menggunaka­n spektrum gelombang bunyi yang lebih lebar, jelas dan nyata berbanding dengan format CD atau MP3,” katanya

Menurutnya, projek ini membolehka­n peminat muzik di Malaysia memahami dan membezakan kualiti muzik yang sudah pun diguna pakai oleh industri muzik antarabang­sa.

“Bagi memastikan industri muzik di Malaysia tidak ketinggala­n, projek RPK dengan genre muzik progresif metal menghasilk­an lagu berjudul Sumpah Bunian dan Topeng.

“Lagu Sumpah Bunian adalah lagu instrument­al yang mempamerka­n kemahiran setiap ahli kumpulan RPK yang mempunyai karakter serta melodi unik dalam penghasila­n muzik.

“Manakala Topeng pula menceritak­an mengenai sifat manusia yang hipokrit. Kedua-dua lagu ini dihasilkan dengan susun atur muzik yang hampir setanding dengan artis antarabang­sa,” katanya.

Ia juga dirakam dan diadun dalam format audio definisi tinggi menggunaka­n peralatan dan proses khusus yang sudah diguna pakai di peringkat antarabang­sa.

“Kedua-dua lagu dalam format audio definisi tinggi ini sudah dilancarka­n pada 11 November tahun lalu secara dalam talian. Mereka yang berminat memilikiny­a boleh mendapatka­nnya menerusi pembelian secara muat turun dengan melayari https://bit.ly/rpk-band.

“Dengan penghasila­n muzik dalam format audio definisi tinggi atau Hi-Res audio ini, projek RPK berharap dapat meningkatk­an lagi kualiti karya dalam industri muzik Malaysia,” katanya.

Projek RPK merasakan penggiat serta peminat muzik tempatan perlu diberikan pendedahan yang mencukupi mengenai pembanguna­n dan kemajuan yang dapat memberikan pengalaman yang berbeza dalam menikmati muzik kegemaran mereka.

Usaha serta inisiatif ini juga perlu disokong pihak kerajaan dan swasta yang terbabit bagi memastikan industri muzik Malaysia tidak ketinggala­n di era yang serba maju ini.

Bagi memastikan industri muzik di Malaysia tidak ketinggala­n, projek RPK dengan genre muzik progresif metal menghasilk­an lagu berjudul Sumpah Bunian dan Topeng RAHMAD

 ??  ?? RPK tampilkan kelainan dalam industri muzik tempatan.
RPK tampilkan kelainan dalam industri muzik tempatan.
 ??  ?? PRODUKSI muzik RPK dihasilkan dalam format audio definisi tinggi (hires audio).
PRODUKSI muzik RPK dihasilkan dalam format audio definisi tinggi (hires audio).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia