Harian Metro

ZIHA UTAMAKAN IMPIAN AYAH

Bapa penyokong utamanya ceburi bidang seni, Ziha juga rancang rakam lagu baharu yang sesuai dan beri impak

- Oleh Norhayati Nordin norhayati_nordin@ hmetro.com.my

Walaupun lebih lima tahun menyepi dari industri hiburan, penyanyi dan pelakon Ziha Salleh tidak pernah melupakan hasrat mahu aktif semula.

Ziha atau nama sebenarnya Nor Aziha Md Salleh, 26, berkata, dia rindu untuk berlakon dan menyanyi. Namun, perlu membuat perancanga­n teliti.

“Saya masih lagi ingin berlakon dan menyanyi, cuma sebelum ini kena lupakan dahulu sebab sibuk menguruska­n anak dan keluarga. Lagipun, saya tak mahu terburu-buru.

“Sebenarnya, saya ada merancang untuk muncul dengan single baharu, tapi saya kena pastikan memilih lagu sesuai dan genre yang tepat. Ia penting bagi memenuhi impian bapa saya,” katanya.

Menurut Ziha, bapanya adalah penyokong utama dia menceburi bidang seni dan dia mahu memastikan lagu baharu yang akan dirakam itu membawa impak seperti diharapkan

“Buat masa sekarang, semuanya dalam perancanga­n lagi. Ditambah, ketika ini pun masih pandemik Covid-19 dan banyak kekangan. Apapun, yang pasti saya teruja untuk tampil dengan karya baharu.

“Sudah lama sangat saya berehat dan tidak aktif dalam kerjaya seni. Bagi saya, untuk menyanyi semula bolehlah mengatur masa meskipun anak-anak masih kecil. Saya teringin mengubat rindu,” katanya. Merancang muncul dengan lagu baharu tahun ini, Ziha berkata, suaminya juga memberi sokongan.

Justeru, itu membuatkan dia perlu mengatur jadual masa dengan baik kerana mengurus anak dan keluarga adalah keutamaan.

Terdahulu, Ziha pernah menyertai Akademi

Fantasia 2014 (AF 2014) dan membintang­i beberapa drama seperti Dee the Series, Isteri Separuh Masa, Jodoh Sebelah Pintu, Dia Semanis Honey, Dia Semanis Honey Moon dan Dia Semanis Honey Raya sebagai Ara, adik Ahnaf Wafiy lakonan Alif Satar.

Bagaimanap­un, Ziha yang bertemu jodoh awal ketika berusia 21 tahun mendirikan rumah tangga dengan Zarul Hafis Zarak Kamal pada 2016. Selepas berkahwin, kerjaya seni

Ziha dilihat semakin perlahan.

Selepas melahirkan cahaya mata pertama pada Disember 2017, Ziha akhirnya menyepi selepas merakamkan lagu

berjudul Takkah Ini Cinta hasil ciptaan Ajai dan lirik oleh AD Samad.

Menurut Ziha, selepas ini dia akan membahagi masa yang baik di antara karier dan keluarga.

Ziha bersama suami kini bahagia dengan dua cahaya mata lelaki, Zarul Hizqeel, 4, dan Zarul Hazreel yang berusia 10 bulan.

Terbaharu, Ziha juga menjadi perhatian apabila dia mendapat kecaman di Twitter daripada seorang pengacara lelaki terkenal hanya kerana perkongsia­n video dekorasi dapur di Tik Tok.

Ziha mengakui terkejut dan dia terkilan dengan kata-kata kesat pengacara itu.

Katanya, dia sudah membuat perkongsia­n video mengenai dekorasi dan tatarias setiap sudut di dalam rumahnya di media sosial sejak tahun lalu.

Sebagai suri rumah, selain menjaga anak dan keluarga, tidak salah dia membuat perkongsia­n video mengenai rumah.

Sudah lama sangat saya berehat dan tidak aktif dalam kerjaya seni. Bagi saya, untuk menyanyi semula bolehlah mengatur masa meskipun anak-anak masih kecil ZIHA

 ??  ?? ZIHA rindu dan teringin aktif semula dalam kerjaya seni.
UTAMA keluarga, Ziha menyepi lebih lima tahun untuk menjaga anak-anak.
ZIHA rindu dan teringin aktif semula dalam kerjaya seni. UTAMA keluarga, Ziha menyepi lebih lima tahun untuk menjaga anak-anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia