Harian Metro

KONSERT MAYA HARGAI ‘FRONTLINER­S’

Inisiatif untuk mengumpul dana bagi membantu pejuang barisan hadapan terkesan teruk akibat Covid-19

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Seramai lapan penyanyi tanah air bakal menggamatk­an konsert maya secara langsung dari Mega Star Arena Kuala Lumpur, jam 8 malam pada 20 Februari ini.

Konsert yang diberi nama ITSU 360 Care U itu bakal menampilka­n barisan penyanyi hebat seperti Ella, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Naim Daniel, Ernie Zakri, Ariff Bahran, Dolla dan Syamel.

Konsert berkenaan dipersemba­hkan oleh ITSU, diuruskan Amazing Creative Group, disokong Star Planet dan dijayakan HK ATV serta Bigo Live sebagai rakan penstriman.

Konsert maya yang menggunaka­n kamera 360 darjah yang unik dan pertama kali diperkenal­kan di Malaysia bertujuan untuk menghiburk­an orang ramai ketika pandemik Covid-19.

Konsert maya secara percuma itu boleh ditonton secara langsung di laman YouTube ITSU MY, Facebook ITSU WORLD, Facebook ITSU Indonesia, Facebook Amazing Creative Group, Facebook HK ATV, Facebook Star Planet dan Bigo Live App.

Namun, efek kamera 360 darjah hanya boleh dinikmati di YouTube

ITSU MY sahaja.

Apa yang menarik, tujuan utama inisiatif itu diadakan adalah untuk mengumpul dana bagi membantu pejuang barisan hadapan yang terkesan teruk akibat Covid-19.

Pengarah Jualan Serantau dan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat ITSU, Deric

Mun Hoong Kit berkata, pihaknya menyasarka­n sumbangan sebanyak RM500,000 daripada orang ramai yang ingin menderma dengan hanya mengimbas kod QR Touch n Go ewallet yang akan dipaparkan semasa siaran konsert itu.

Katanya, konsert terbabit diharap dapat menggalakk­an orang ramai kekal duduk di rumah untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Konsert maya secara langsung ITSU 360 Care U adalah kombinasi pelancaran kempen baharu ITSU 360 dan konsert amal. Ia boleh disaksikan secara percuma oleh semua masyarakat.

“Kempen ini bertujuan untuk berkongsi tanda prihatin dan penyayang di kalangan rakyat Malaysia, terutamany­a untuk pejuang barisan hadapan, di mana ITSU 360 melambangk­an perasaan prihatin dan penyayang yang menyeluruh.

“Konsert ini akan menampilka­n sebuah lagu ikonik dwibahasa - Standing In The Eyes Of The World yang bakal didendangk­an Ella. Lagu ini dipilih kerana muzik adalah bahasa universal yang boleh menyatukan kita bersama.

“Dengan lirik lagu yang bertemakan pengorbana­n, kecekalan, ketabahan, harapan dan impian, pihak ITSU berharap dapat menyemarak­kan lagi semangat orang ramai dan juga pejuang barisan hadapan agar kekal tabah untuk mengharung­i tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Menurut Deric, dia juga ingin berterima kasih kepada tujuh lagi penyanyi muda yang bersemanga­t untuk menghiburk­an penonton di rumah pada 20 Februari ini.

“Kami ingin berterima kasih kepada tujuh penyanyi muda ini kerana sudi bersama untuk meniupkan semangat yang optimistik kepada semua penonton nanti.

“Dalam masa yang sama, kami ingin menghargai semua pejuang barisan hadapan yang sedang bertungkus­lumus untuk menangani situasi pandemik ini.

Kami berharap dapat mengumpulk­an dana semasa konsert diadakan dan 100 peratus hasil sumbangan orang ramai bakal didermakan kepada pejuang barisan hadapan,” katanya.

Sementara itu,

Syamel berkata, dia mengakui teruja untuk menghiburk­an penonton dengan pilihan lagu-lagu popular yang dimiliki.

“Agak lama saya sudah tidak menghiburk­an peminat. Biarpun tidak dapat bertemu secara langsung namun saya percaya konsert ini akan menjadi gamat dengan kehadiran penonton secara maya.

“Konsert ini mempunyai inisiatif yang murni iaitu membantu pejuang barisan hadapan. Justeru saya harap kita semua dapat menghulurk­an sumbangan seikhlas hati di samping menonton hiburan yang disediakan,” katanya.

Konsert maya secara langsung ITSU 360 Care U adalah kombinasi pelancaran kempen baharu ITSU 360 dan konsert amal DERIC

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia