Harian Metro

JANGAN BELI IKUT EMOSI

Perlu ada pengetahua­n mendalam, penelitian terperinci proses lelong rumah untuk kurangkan risiko pembeli kemudian hari

- asmaini@nstp.com.my Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus

Keadaan ekonomi yang tidak menentu sejak beberapa tahun kebelakang­an ini ditambah dengan penularan pandemik Covid-19 jelas menjejaska­n kewangan orang ramai.

Ia turut menyebabka­n semakin banyak rumah dilelong kerana ramai yang gagal membayar komitmen bulanan mereka kepada institusi perbankan.

Pengasas Saudagar Hartanah, Ahmad

Firdaus Mahmod berkata, meskipun tiada angka rasmi yang dilaporkan namun berdasarka­n pemerhatia­nnya, memang jumlah rumah untuk dilelong di negara ini semakin meningkat dan berada dalam kategori sekunder (‘subsale’).

Begitupun, katanya, rumah lelong juga mempunyai kelompok peminat tersendiri kerana ia memiliki banyak kelebihan antaranya harga yang jauh lebih murah.

“Harga rumah lelong biasanya 20 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran biasa dan ada juga yang lebih murah berbanding harga asal dijual pemaju.

“Harga lebih murah adalah faktor utama mengapa ramai yang memilih untuk membeli rumah lelong.

“Selain itu, lokasi rumah lelong juga ada berada di kawasan strategik dan sudah matang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Ahmad Firdaus lagi, rumah lelong juga memiliki keburukan antaranya pembida tidak dapat melihat keseluruha­n dalaman rumah, rumah rosak dan memerlukan banyak kerja pembaikan, mewarisi hutang lapuk, rumah berpenghun­i dan banyak lagi.

Katanya, ketika lelongan, pembida hanya mengetahui maklumat asas pengisytih­aran jualan tanpa dapat memeriksa keadaan rumah terlebih dahulu.

“Jika sudah pergi meninjau sekali pun, pembeli sukar untuk mengetahui keadaan sebenar dalaman rumah kerana hanya melihat dari luar sahaja.

“Untuk rumah jenis pangsapuri pula, pembeli mungkin terpaksa membayar tunggakan bayaran penyelengg­araan atau cukai berkaitan.

“Paling tidak diingini jika rumah yang dibeli mempunyai penghuni tidak kiralah pemilik lama atau penyewa yang tidak mahu memberikan kerjasama untuk mengosongk­annya, pasti akan membabitka­n proses undang-undang,” katanya.

Jelas Ahmad Firdaus, tidak semua rumah lelong berada dalam keadaan kurang terurus kerana ada yang dijaga baik oleh bekas pemilik atau penyewa terdahulu.

Begitupun, kata

Ahmad Firdaus, penelitian terperinci selain mempunyai pengetahua­n mendalam mengenai proses dan latar belakang lelongan hartanah akan mengurangk­an risiko kepada pembeli serta mengelakka­n daripada menghadapi masalah besar di kemudian hari.

Sebaiknya kata Ahmad Firdaus, lawatlah rumah yang mahu dibida terlebih dahulu untuk mengetahui siapa penghuniny­a dan keadaan semasa hartanah itu.

“Pembeli juga boleh membuat anggaran kasar kos baik pulih yang diperlukan bagi membolehka­n persediaan awal kewangan dilakukan,” katanya.

Menurut Ahmad

Firdaus lagi, terdapat dua jenis kaedah untuk membida rumah lelong iaitu secara ‘offline’ iaitu pergi ke tempat lelongan atau dibuat secara online (di dalam talian)

“Untuk lelongan secara ‘offline’ (fizikal), pembida perlu membawa draf bank 10 peratus daripada harga rumah yang ingin dibida.

“Bagi lelongan secara online (dalam talian), pembida perlu mendaftar di portal e-lelong, boleh melayari penyenarai­an hartanah dan jika ada yang berkenan, daftarlah sebagai pembida serta membayar deposit yang ditetapkan,” katanya.

Ahmad Firdaus berkata, untuk membeli rumah lelong sememangny­a memerlukan wang tunai yang agak banyak kerana akan ada kos-kos yang terbabit ketika pembelian rumah.

Antaranya, 10 peratus deposit pendahulua­n dalam bentuk draf bank daripada rizab harga rumah dan wang tunai tambahan untuk menambah nilai perbezaan jumlah deposit antara harga bidaan berjaya.

“Selain itu, kos guaman membabitka­n yuran guaman, duti stamp, carian di pejabat tanah, pengangkut­an, pencetakan dan lain-lain kos yang dianggarka­n kira-kira lima peratus daripada harga belian juga perlu diambil kira.

“Tunggakan bayaran penyelengg­araan atau cukai dengan pihak berkuasa tempatan juga perlu diselesaik­an dan sebagai pembeli baharu, anda perlu menanggung­nya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Firdaus turut menasihatk­an orang ramai yang ingin membeli rumah lelong supaya tidak mengikut emosi ketika sesi lelongan dijalankan.

Ia bagi mengelakka­n daripada terbeli hartanah yang jauh lebih mahal dari harga pasaran semasa.

“Pembida perlu tahu kelayakan kewangan masing-masing dan jangan sesekali membida mengikut emosi.

“Apapun, jika kurang arif, bolehlah menggunaka­n khidmat ejen berdaftar kerana mereka lebih berpengala­man dan memudahkan proses pembelian,” katanya.

Pembeli juga boleh membuat anggaran kasar kos baik pulih yang diperlukan bagi membolehka­n persediaan awal kewangan dilakukan AHMAD FIRDAUS

 ??  ?? RUMAH lelong ada peminat tersendiri. Pemaju dan Pemilik
RUMAH lelong ada peminat tersendiri. Pemaju dan Pemilik
 ??  ?? JANGAN mengikut emosi ketika membida rumah lelong.
JANGAN mengikut emosi ketika membida rumah lelong.
 ??  ?? PASTIKAN anda mempunyai maklumat yang cukup sebelum menyertai bidaan lelongan rumah.
PASTIKAN anda mempunyai maklumat yang cukup sebelum menyertai bidaan lelongan rumah.
 ??  ?? RUMAH lelong lebih murah daripada harga semasa.
RUMAH lelong lebih murah daripada harga semasa.
 ??  ?? MAKLUMAT asas hartanah yang dilelong adalah mengikut pengisytih­aran jualan.
MAKLUMAT asas hartanah yang dilelong adalah mengikut pengisytih­aran jualan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia