Harian Metro

Miliki rumah dengan susun atur fleksibel

-

Miliki rumah impian pegangan bebas di bandar dengan pembanguna­n terancang dan serba canggih ketika perayaan Tahun Baharu Cina ini dengan tawaran DK-MY Properties ‘Kaw Kaw Savings.’

Sehingga 28 Februari ini, dengan hanya RM88, setiap tempahan The Suite @ Jalan Ampang, D’Immersione @ Mont Kiara atau DK Impian @ Damansara West yang berjaya, layak untuk satu putaran.

Orang ramai juga berpeluang memenangi ‘ang pau’ menarik sehingga RM28,888 sebagai tambahan kepada rebat menarik.

Selain itu, semua hartanah DK-MY disediakan dengan perkhidmat­an penjaga pintu 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.

Ia juga ada nilai tambahan Sama+ yang menawarkan pelbagai perkhidmat­an dan kemudahan.

Selain mempunyai kemudahan moden, norma baharu untuk pekerjaan dan kehidupan juga diperkenal­kan dengan pantas, hartanah daripada pemaju terbabit dirancang untuk serba boleh.

Susun atur yang fleksibel memberikan perbezaan yang jelas antara tempat tinggal dan tempat kerja tanpa perlu berulang-alik atau meninggalk­an bangunan ketika pandemik Covid-19 ini.

Penduduk juga dapat bekerja secara privasi tanpa perlu risau mengenai gangguan kerja dari rumah yang biasa.

Sebagai alternatif, ruang itu dapat digunakan untuk perniagaan atau bentuk penyesuaia­n ruang lain, seperti menentukan semula pelaburan bagi pendapatan sewa jangka pendek atau jangka panjang dengan keuntungan modal yang besar.

Pengarah Urusan dan Pengasas Kumpulan DK, Danny Koek berkata, hartanah yang dimajukan pihaknya menyediaka­n keseimbang­an sempurna yang tahan pelaburan selain memberikan penyelesai­an kepada pemilik rumah masa depan.

“Menerusi sistem

A.IoT rumah pintar yang bersepadu, hartanah kami mempromosi­kan gaya hidup yang ceria dan lebih cergas bagi membolehka­n pemiliknya menjalani kehidupan sepenuhnya untuk generasi yang akan datang,” katanya.

 ??  ?? DANNY
DANNY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia