Harian Metro

MESEJ UNIK RAIKAN CINTA

Koleksi menarik ‘Colors of Love’ sempena sambutan Hari Kekasih

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@nstp.com.my

Jenama mewah dari Sepanyol, Tous menampilka­n koleksi menarik ‘Colors of Love’ sempena sambutan Hari Kekasih.

Pelbagai rekaan aksesori barang kemas ditampilka­n dan ia turut diselitkan dengan mesej unik bagi meraikan kepelbagai­an dalam cinta serta kasih sayang.

Ini kerana setiap cinta dan kasih sayang adalah berbeza bagi setiap individu atau pasangan selain ia diraikan melalui koleksi menarik itu.

Keindahan setiap rekaan koleksi itu tidak perlu dipertikai­kan lagi kerana jenama berkenaan

sudah pun berada di pasaran selama 100 tahun.

Sehingga kini, ia masih lagi memberikan rekaan barangan mewah yang berkualiti kepada ‘TOUS Lovers’ di seluruh dunia.

Berada di bawah naungan Kumpulan HABIB, jenama itu mendapat banyak permintaan daripada penggemar barangan kemas yang mengingink­an rekaan berlainan dan menarik.

Di Malaysia, ia memiliki dua butik iaitu di pusat belibelah Pavilion dan Sunway Pyramid dan satu kedai ‘flagship’ di Suria KLCC.

 ??  ?? KOLEKSI barangan kemas menarik sempena Hari Kekasih.
SETIAP rekaan diselitkan dengan mesej unik.
REKAAN barangan kemas mewah untuk wanita.
KOLEKSI barangan kemas menarik sempena Hari Kekasih. SETIAP rekaan diselitkan dengan mesej unik. REKAAN barangan kemas mewah untuk wanita.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia