Harian Metro

#WeRaceAsOn­e tanpa simbol pelangi

-

Paris: Kempen #WeRaceAsOn­e yang dilancarka­n Formula Satu (F1) Jun lalu akan diteruskan pada musim 2021 tanpa simbol pelangi, umum badan sukan permotoran itu dalam satu kenyataan semalam.

Inisiatif berkenaan diperkenal­kan tahun lalu sebagai salah satu cara bagi sukan itu mengenal pasti beberapa isu besar yang melanda pelumba pemotoran dan menjangkau seluruh dunia, terutamany­a pandemik Covid-19 dan penindasan.

Bagi 2021, kempen ini akan memberi tumpuan kepada kelestaria­n, kepelbagai­an, penyertaan, dan masyarakat.

“Sepanjang musim kami menyanjung tinggi masyarakat di seluruh dunia kerana kekuatan yang luar biasa dan menunjukka­n ketabahan berdepan pandemik global,” menurut kenyataan itu.

“Lambang pelangi dipilih.. bersama #WeRaceAsOn­e kerana ia menjadi simbol yang digunakan di peringkat antarabang­sa untuk menyatukan komuniti.

“Musim ini pelangi tidak lagi digunakan bersama platform #WeRaceAsOn­e.”

Menurut kenyataan itu mungkin akan ada detik khas ‘sebelum perlumbaan bermula’ musim ini bagi pemandu dan pasukan untuk menunjukka­n sokongan mereka bagi ‘isu penting’.

“Platform WeRaceAsOn­e kami sangat efektif dalam meningkatk­an kesedaran mengenai isu-isu penting sosial dan komitmen teguh kami untuk melakukan perubahan positif,”

“Kami sangat bangga dengannya dan pasukan telah memanfaatk­an sepenuhnya.” menurut Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali. -

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia