Harian Metro

Neymar cedera mangsa kekasaran

-

Paris: Neymar meninggalk­an padang tanpa menunggu untuk digantikan selepas menjadi mangsa beberapa kekasaran ketika kemenangan 1-0 Paris Saint-Germain dalam saingan Piala Perancis berdepan kelab bahagian dua, Caen, semalam.

Jurulatih PSG, Mauricio Pochettino kemudianny­a memaklumka­n Neymar cedera di paha.

Penyerang Brazil itu yang mengetuai PSG dengan ketiadaan Marquinhos dan

Presnel Kimpembe, dikasari dua kali dalam tempoh tiga minit.

Dia sangat kecewa selepas kekasaran kedua oleh Steeve Yago, sehingga bertikam lidah dengan pemain Caen itu.

Ketika perlawanan bersambung, Neymar kembali mengadu sebelum berjalan keluar ke terowong bilik persalinan pada minit ke-57.

Pemain antara termahal dunia itu kemudian digantikan tiga minit selepas itu oleh Kylian Mbappe.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia