Harian Metro

Sevilla sempitkan peluang Barca juarai Piala Raja Sepanyol

-

Madrid: Harapan Barcelona untuk memenangi Piala Raja Sepanyol musim ini terjejas selepas Sevilla mencatat kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir mereka.

Jules Kounde mengesahka­n reputasi sebagai seorang daripada pemain pertahanan tengah dunia serba boleh dengan menjaringk­an gol menarik di Ramon Sanchez Pizjuan sebelum Ivan Rakitic mengecewak­an bekas kelabnya menerusi jaringan lewat permainan.

Kounde, 22, menggelece­k tiga pemain pertahanan Barca dan meledak rembatan di penjuru gol sementara jaringan Rakitic memberi tamparan hebat kepada skuad kendalian Ronald Koeman yang perlu melakukan perubahan untuk memastikan mereka ke final.

Pemenang akan berdepan Athletic Bilbao atau Levante yang beraksi dalam satu perlawanan pertama separuh akhir di final.

“Keputusan itu agak tidak adil, penghargaa­n ditujukan terlalu banyak kepada mereka,” kata Koeman.

“Aksi timbal balik pasti sukar dengan 2-0, tetapi kami mempunyai peluang dan kami harus terus mencuba. Di laman sendiri, pasukan ini mampu melakukan segalanya.”

 ??  ?? KOUNDE
KOUNDE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia