Harian Metro

JUARA BERTAHAN TERSINGKIR

Juara bertahan tersingkir, Ashleigh cemas sebelum mara

- AFP

Misi Sofia Kenin mempertaha­nkan trofi Terbuka Australia berakhir di pusingan kedua semalam tetapi pilihan utama Ashleigh Barty cemas sebelum mara ke peringkat 16 terakhir.

Sofia mengakui berdepan tekanan dalam usaha mempertaha­nkan gelaran Grand Slam pertamanya itu dan mengalirka­n air mata selepas menang pusingan pertama kelmarin.

Pilihan keempat itu sekali lagi menangis di Arena Margaret Court selepas tewas 6-3, 6-2 dalam masa 64 minit kepada pemain nombor 65 dunia dari Estonia, Kaia Kanepi sekaligus muncul pemain ranking tertinggi yang tersingkir dari kejohanan.

“Saya rasa seperti saya tiada di sana, fikiran saya tiada di sana,’’ kata Sofia selepas tamat perlawanan.

Sementara itu, Ashleigh

Barty mengetepik­an persahabat­an sementara untuk mencatat kemenangan straight set ke atas rakan senegara, Daria

Gavrilova ketika pemain nombor satu itu bangkit daripada prestasi tidak menentu.

Pemain berusia 24 tahun itu kelihatan hilang fokus untuk meneruskan kemenangan sebelum mengatasi rakan sepasukan Piala Fed itu 6-1, 7-6 (9/7) dalam tempoh satu jam 32 minit. Keadaan paha kiri Ashleigh berbalut tetapi dia kelihatan bergerak dengan mudah dalam kemenangan pusingan kedua menentang Daria yang berada di ranking ke-387.

“Ia tidak begitu serius,” kata Ashleigh merujuk kepada balutan itu. Saya masih cergas dalam keadaan sekarang. Apabila anda berdepan seorang lagi pemain Australia, ranking tidak beri kelebihan, jadi ia selalunya menjadi perlawanan yang sukar,” tambahnya. Juara Terbuka Peranjohan­an. cis 2019 hanya tercicir 10 mata untuk meneruskan pencapaian cemerlang 6-0, 6-0 di pusingan pertama ke atas pemain Montenegro, Danka Kovinic namun diberi tentangan sengit pemain wildcard, Daria.

Dia yang mara ke separuh akhir di Terbuka Australia tahun lalu dijadualka­n akan berdepan pilihan ke-29, Ekaterina Alexandrov­a dari Rusia di pusingan ketiga ke

Dalam perseorang­an lelaki, bintang muda Russia, Andrey Rublev yang juga pilihan ketujuh mara ke saingan 16 terakhir selepas menewaskan pemain Brazil 6-4, 6-4, 7-6 (10/8).

“Saya rasa seperti saya tiada di sana, fikiran saya tiada di sana Sofia

 ??  ?? SOFIA Kenin
SOFIA Kenin
 ??  ?? ASHLEIGH
ASHLEIGH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia