Harian Metro

PERLAWANAN EPIK

Jaringan Bernard pada masa tambahan bawa Toffees ke suku akhir Piala FA

- AFP

Everton meningkatk­an tekanan ke atas Jose Mourinho dengan kemenangan mendebarka­n ke atas Tottenham selepas tambahan masa untuk mara ke suku akhir Piala FA manakala Manchester City menewaskan Swansea untuk berada dalam kelompok lapan terakhir.

Tottenham berdepan misi sukar ke City dalam saingan Liga Perdana Inggeris awal pagi Ahad ini dan kekalahan selepas beraksi 120 minit adalah perkara terakhir yang dimahukan Mourinho.

Spurs tewas empat daripada lima aksi terakhir mereka dan satu daripada tiga peluang untuk mengakhiri penantian 13 tahun kelab menjulang trofi turut musnah.

“Corak serangan bola sepak hanya mendatangk­an kemenangan apabila anda tidak melakukan banyak kesilapan berbanding peluang yang anda cipta,” kata Mourinho yang menyifatka­n keputusan 5-4 seperti ‘perlawanan hoki’.

‘‘Ia umpama tikus dan kucing. Tikus seperti kesilapan pertahanan kami dan kucing juga adalah kami yang bermain sangat baik, menjaringk­an gol, tetapi belum cukup bagus.”

Skuad kendalian Mourinho bermula baik di Goodison Park ketika Davinson Sanchez menanduk masuk gol pendahulua­n selepas tiga minit permainan.

Bagaimanap­un, kesilapan pertahanan membawa padah kepada Tottenham sejak beberapa bulan lalu berterusan ketika Everton meledak tiga kali dalam tujuh minit hanya sebelum separuh masa menerusi Dominic Calvert-Lewin, Richarliso­n dan penalti Gylfi Sigurdsson.

Erik Lamela mengurangk­an defisit Spurs pada minit akhir sebelum rehat separuh masa sebelum Sanchez menjadikan kedudukan 3-3.

Richarliso­n memastikan tuan rumah di depan menerusi jaringan dari sudut sukar. Harry Kane yang dibawa masuk sebagai pemain gantian berganding­an dengan Son Heung-min untuk gol penyamaan sekali lagi tujuh minit sebelum tamat hingga membawa permainan ke masa tambahan.

Jaringan menarik Bernard memastikan kemenangan skuad Toffees, sekali gus menghidupk­an peluang mereka untuk memenangi trofi pertama sejak 1995.

“Ia malam yang panjang buat semua orang, tetapi kami berjaya bangkit itu adalah perkara utama,” kata pembantu pengurus Everton, Duncan Ferguson.

Sementara itu, Manchester City memecahkan rekod bola sepak England dengan kemenangan berturut-turut terbanyak oleh kelab liga utama dengan menewaskan Swansea 3-1.

Kyle Walker, Raheem Sterling dan Gabriel Jesus masing-masing menemui sasaran buat pelawat yang meneruskan rentetan kemenangan mereka dalam semua kejohanan kepada 15 perlawanan.

“Ia sesuatu yang menakjubka­n buat diri kami, kami tidak boleh nafikan kami bangga memecahkan rekod ini,” kata Guardiola.

 ??  ??
 ??  ?? RICHARLISO­N (kanan) gembira berjaya menjaringk­an gol dari sudut sukar.
RICHARLISO­N (kanan) gembira berjaya menjaringk­an gol dari sudut sukar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia