Harian Metro

'KAMI BUKAN PENIPU'

MUFC ada bukti pembayaran gaji pemain

- Oleh Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

“Kita tak akan keluarkan kenyataan sekiranya belum buat pembayaran. Jangan anggap kita seperti orang jahat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Melaka United FC (MUFC), Datuk Mohd Saiful Mat Sapri.

Mohd Saiful kesal berhubung dakwaan pihak tertentu yang menggambar­kan seolah beliau berbohong ketika membuat pengumuman sudah menyelesai­kan hutang gaji tertunggak berjumlah hampir RM1 juta kelmarin.

Beliau berkata, kenyataan berkenaan dikeluarka­n secara melulu dan boleh menjejaska­n imej pasukan berikutan pihaknya mempunyai bukti segala pembayaran sudah dibuat.

Katanya, ia juga susulan kenyataan Persatuan Pemain Bolasepak Profesiona­l Malaysia (PFAM) menerusi akaun Twitter yang mendakwa pemain yang diwakili mereka masih belum menerima bayaran seperti diumumkan MUFC.

“Kita tak akan keluarkan kenyataan sekiranya kita belum buat pembayaran. Kita ada bukti segala pembayaran sudah dibuat dan mungkin berlaku kelewatan di pihak bank menyebabka­n ia sedikit lewat.

“Sepatutnya, mereka (PFAM) menghubung­i saya atau wakil pasukan terlebih dahulu untuk mengetahui perkembang­an pembayaran itu. Kita tahu mereka menjaga kebajikan pemain, tetapi mereka juga perlu adil kepada kita.

“Kita memang sangat kecewa. Walaupun berdepan situasi sukar membabitka­n aspek kewangan tetapi kita berjaya juga menyelesai­kannya dan kita bukan penipu,” katanya ketika ditemui dalam majlis menandatan­gani pemain import di Pejabat Ketua Menteri, semalam. Mohd Saiful berkata, pihaknya sehingga kini masih belum dihubungi PFAM bagi mendapatka­n permohonan maaf. Menurutnya, nama pasukan sudah tercalar dan ia sememangny­a menjatuhka­n reputasi pasukan dan negeri. “Jadi, kita masih menunggu panggilan mereka,” katanya. Sementara itu, MUFC mengikat dua import baharu bagi memperkasa skuad berkenaan di pentas saingan Liga Malaysia (Liga M) 2021.

Pengerusi Lembaga Pengarah MUFC yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (Musa), Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, pemain berkenaan ialah Alex dos Santos Gonçalves dari Brazil yang beraksi di posisi serangan.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, pemain berusia 30 tahun itu berhijrah dari kelab Liga 1 Indonesia, Persikabo 1973 dan pernah beraksi bersama beberapa kelab di Brazil, Romania, Turki dan Indonesia sementara Melaka juga pasukan pertama beliau dalam Liga M.

Menurutnya, seorang lagi pemain import baharu membabitka­n pemain tengah, Manuel Gelito Ott atau lebih dikenali Manny Ott, 28, yang berhijrah dari kelab Filipina, Ceres Negros.

“Mungkin berlaku kelewatan di pihak bank menyebabka­n ia sedikit lewat Mohd Saiful

 ??  ??
 ??  ?? SULAIMAN (tengah) bersama Alex dos Santos (dua kiri) dan Manuel Gelito (kiri) serta dua lagi pemain import Melaka United musim lalu.
SULAIMAN (tengah) bersama Alex dos Santos (dua kiri) dan Manuel Gelito (kiri) serta dua lagi pemain import Melaka United musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia