Harian Metro

INSPIRASI SEMUA

PERDANA MENTERI UCAP TAHNIAH KEJAYAAN JIJOE

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kejayaan jaguh basikal trek negara, Azizulhasn­i Awang mengunggul­i carta dunia dalam acara pecut selain kedua acara keirin mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau menyifatka­n pencapaian itu akan menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi. Muhyiddin juga berharap kejayaan Azizul dapat dijadikan pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang di Sukan Olimpik Tokyo kelak terutama dalam misi menggapai emas sulung buat negara, lapor Aida Adilah Mat

Kejayaan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasn­i Awang mengunggul­i carta dunia dalam acara pecut turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dalam satu hantaran dimuat naik di Facebookny­a berbangga dengan kejayaan Azizul mengunggul­i ranking dunia itu, selain kedudukan kedua dalam acara kegemarann­ya, keirin.

Tegas Muhyiddin, Azizul yang dikenali dengan julukan The Pocket Rocketman itu selayaknya dipanggil Raja Pecut Dunia.

“Kejayaan ini melengkapk­an lagi diari gemilang arena sukan negara selepas kejayaan bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia, awal bulan ini.

“Saya dan seluruh peminat sukan tanah air, mengucapka­n setinggi-tinggi tahniah kepada Azizulhasn­i.

“Semoga kejayaan beliau ini menjadi inspirasi kepada atlet muda serta seluruh peminat sukan berbasikal dalam mengejar cita-cita mencapai kejayaan di peringkat tertinggi,” katanya.

Muhyiddin berharap kejayaan Azizul dijadikan pembakar semangat untuk beraksi lebih cemerlang dalam Sukan Olimpik Tokyo akan datang.

Sementara itu, Azizul di Facebookny­a semalam kembali mengimbau kenangan kaki tertusuk serpihan kayu ketika beraksi di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester pada 2016.

Jelas ia bukan kenangan yang akan dilupakan pelumba negara itu, malah akan kekal di sanubari setiap peminat sukan tanah air yang mengetahui betapa bersemanga­tnya dia berjuang demi negara.

Itulah Azizul bagi siapa yang tidak mengenalin­ya.

Biarpun tidak mudah, dia bangkit mengharung­i segala cabaran dan kini menggalas tugas sebagai ‘Abang Long’ atlet yang dipertangg­ungjawab membawa pulang emas pertama negara di temasya Sukan Olimpik, Tokyo tahun ini selepas meraih gangsa ketika Olimpik Rio dalam acara keirin.

Tegasnya, tekanan diterima daripada pelbagai sudut cukup tinggi dari segi emosi, fizikal dan tekanan untuk kembali ke puncak prestasi.

Ketika itu pilihan paling mudah adalah menggantun­g basikal dan mencari arah baharu.

Namun katanya, dia tidak menjadikan itu sebagai pilihan dan percaya setiap dugaan, cabaran dan rintangan itu hadir dengan sebuah kemanisan.

“Semua itu untuk hambaNya yang hebat. Tahukah anda setiap dari kita ini adalah hebat. Cumanya, tingkatan hebat itu berbeza-beza, bergantung kepada betapa besar ujian yang kita sanggup harungi,” katanya.

“Tahukah anda setiap dari kita ini adalah hebat. Azizulhasn­i

 ??  ??
 ??  ?? AZIZUL mengimbau kenangan kaki tertusuk serpihan kayu ketika beraksi di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester pada 2016.
AZIZUL mengimbau kenangan kaki tertusuk serpihan kayu ketika beraksi di Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester pada 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia