Harian Metro

LIU YING HARAP AURA POSITIF

-

Kuala Lumpur: Tahun Baharu Cina kali ini bakal disambut dalam suasana berbeza, namun setiap atlet berbangsa Cina mengharapk­an kehidupan kembali kepada normal tahun ini.

Bagi pemain badminton profesiona­l negara, Goh Liu Ying, perayaan Tahun Baru Cina kali ini perlu disambut dalam suasana penuh berwaspada demi menjaga keselamata­n diri masing-masing kerana penularan wabak Covid-19.

Katanya, tiada apa boleh diharap selain berdoa semoga Covid-19 ini segera hilang dan semua dapat kembali menjalani hidup yang lebih baik.

Sementara itu, bagi pemain perseorang­an negara, Lee Ying Ying, dia merindui keluarga, namun kerana kekangan Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dia perlu menerima keadaan dengan hati terbuka.

Katanya, dia beraya bersama rakan di Kuala Lumpur kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman.

“Banyak halangan kalau nak balik kampung. Saya kena ke pergi balai polis untuk buat permohonan, itupun belum tentu lulus.

“Hanya panggilan video boleh dilakukan untuk mengubat rindu kepada keluarga di kampung,” katanya.

Bagi bekas pemain badminton negara, Woon Khe Wei, dia mengharapk­an Tahun Baharu Cina memberikan tuah kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya harap kes Covid-19 berkuranga­n. Saya tahu sukar tapi jika dapat turun ke satu angka pun sudah cukup sebab dengan cara itu semua orang boleh hidup lebih selesa dan tiada lagi rasa takut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GOH Liu Ying rai Tahun Baru Cina dalam suasana penuh berwaspada.
GOH Liu Ying rai Tahun Baru Cina dalam suasana penuh berwaspada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia