Harian Metro

ANAK DIAMANAH JAGA ANJING, KUCING

Anak sulung penjaga Pak Mie Shelter terima pesanan jaga 600 anjing, kucing

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

“Emak pesan supaya terus menjaga semua anjing dan kucing jalanan peliharaan­nya yang kini mencecah hampir ratusan ekor dengan baik,” kata Badrul Hisham Ramli, 54.

Badrul Hisham adalah anak kepada Halijah Idris, 73, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Intan yang bertanggun­gjawab menguruska­n Pak Mie Shelter di Tanjung Bendahara di sini.

Allahyarha­m Mak Intan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 10 Februari lalu akibat kanser ovari.

Mak Intan sebelum ini meneruskan usaha suaminya, Allahyarha­m Mohd Azmi Ismail yang dikenali sebagai Pak Mie Shelter yang memelihara anjing dan kucing jalanan sejak 15 tahun lalu.

Menurut Badrul Hisham, ibunya berpesan kepadanya kerana dia anak sulung daripada tiga beradik pada malam sebelum dia menjalani pembedahan pada 21 Januari lalu.

Katanya, sejurus selepas pembedahan dilakukan, ibunya terus lemah dan hanya mengangguk bila bercakap dengannya.

“Arwah ibu memang sayangkan semua anjing dan kucing jalanan terutamany­a 20 ekor anjing yang dipelihara­nya sejak kecil.

“Semua anjing yang dipelihara ketika ini berjumlah 380 ekor manakala kucing pula berjumlah 180 ekor.

“Arwah amat sayangkan anjing betina, Alora dan Teh yang sangat manja dengannya, malah ada sebahagian daripada anjing berkenaan sakit dan ada yang mati sejak Mak Intan dimasukkan ke hospital,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurut Badrul Hisham, jenazah ibunya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Bukhary, Jalan Langgar di sini berhampira­n pusara bapa tirinya. Katanya, dia akan cuba melaksanak­an amanah arwah ibunya itu untuk menjaga semua haiwan kesayangan­nya walaupun shelter itu dibina atas tanah bukan milik mereka.

“Saya akan cuba mengumpul wang mencari tanah yang sesuai untuk berpindah.

“Saya mahu penuhkan impian emak untuk memiliki tanah sendiri bagi menjaga haiwan jalanan peliharaan­nya.

“Pihak Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memberi tempoh enam bulan untuk mencari tanah sendiri dan ada memberi tanah sementara di Jeragan sementara saya dapat mencari tapak baharu,” katanya.

“Saya akan cuba kumpul wang cari tanah sesuai untuk berpindah

Badrul Hisham

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA kucing yang dibela di Pak Mie Shelter. Gambar kecil, arwah Mak Intan.
ANTARA kucing yang dibela di Pak Mie Shelter. Gambar kecil, arwah Mak Intan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia