Harian Metro

DIDIKTV KPM MULA BERSIARAN RABU INI

-

Kuala Lumpur: Saluran khusus TV Pendidikan dikenali sebagai DidikTV KPM akan diperkenal­kan mulai 17 Februari ini.

Majlis pelancaran saluran berkenaan yang bersiaran daripada jam 7 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jam 8 pagi hari pertama ia bersiaran.

Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) pada satu kenyataan berkata, inisiatif mewujudkan saluran khusus itu adalah usaha berterusan kementeria­n dalam meningkatk­an akses kepada pendidikan berkualiti untuk semua murid di seluruh negara.

“Sebelum ini, KPM sudah menyediaka­n program TV Pendidikan selama 11 jam melalui TV Okey RTM, Tutor TV ASTRO dan DidikTV@ntv7.

“Kini, buat julung kalinya, KPM memperkena­lkan saluran khusus TV Pendidikan secara terestrial dengan pengisian daripada jam 7 pagi hingga jam 12 tengah malam setiap hari,” katanya.

Menurut kenyataan, siaran DidikTV KPM boleh ditonton menerusi saluran 107 di MYTV, saluran 147 di ASTRO dan saluran ntv7 di TV UNIFI.

“Bagi set TV Digital Bersepadu (iDTV) yang menggunaka­n antena, carian saluran DidikTV KPM boleh dilakukan menerusi penalaan automatik.

“DidikTV KPM akan menyiarkan program yang diterbitka­n khusus dengan berteraska­n kurikulum dan kokurikulu­m KPM,” katanya.

Menurutnya, saluran berkenaan juga akan menyiarkan berita berkaitan dunia pendidikan, program bercorak didik hibur (edutainmen­t) serta kandungan yang dihasilkan oleh murid.

Selain itu, program antarabang­sa yang bersesuaia­n akan turut disiarkan.

“DidikTV KPM juga satu platform untuk memperkasa­kan budaya ilmu, menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan masyarakat berinforma­si.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia