Harian Metro

GENG PILOT LORI

Juruterban­g jadi drebar lori untuk tampung kehidupan

- lapor Nor ‘Asyikin Mat Hayin

Dulu Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi, 30, gah menerbangk­an pesawat penumpang di awan biru. Namun, kini sehari saja tugas itu dilakukan, manakala enam hari lagi dia menjadi pemandu lori menghantar pelbagai perabot ke seluruh Semenanjun­g bersama rakan senasib bagi menampung rezeki yang 80 peratus berkuranga­n. Ia berikutan pandemik Covid-19 yang menjejaska­n syarikat penerbanga­n sehingga menuntut dia dan rakan-rakan melupakan gaji lumayan dan berusaha keras bagi menyara keluarga masing-masing,

Seminggu sekali, Kapten Izzat Hakimi Izham Nawi, 30, menerbangk­an pesawat komersial membawa penumpang ke mana-mana lokasi domestik namun pada hari lain, dia bertukar tugas kepada ‘pilot’ lori membawa muatan perabot ke seluruh Semenanjun­g.

Itu rutin Izzat Hakimi sejak Mac tahun lalu apabila pendapatan­nya sebagai juruterban­g sebuah syarikat penerbanga­n tempatan berkurang sehingga 80 peratus akibat pandemik Covid-19.

“Sejak penularan Covid-19, gaji harian diterima berkurang hingga 80 peratus kerana syarikat penerbanga­n terjejas teruk.

“Sebelum menjadi pilot lori, seminggu saya ‘terduduk’ dan bersedih di atas apa yang berlaku. Saya kemudianny­a bangkit kerana mahu mengubah nasib diri,” katanya.

Menurut Izzat Hakimi, dia menjadi penghantar makanan namun berhenti seminggu kemudian kerana berasakan ia tidak serasi dengannya.

Katanya, sepanjang bertugas sebagai penghantar makanan, berlaku tiga kes kematian akibat kemalangan jalan raya membabitka­n penghantar makanan menyebabka­n dia turut bimbang.

“Saya beralih arah menjadi penghantar perabot dan pada peringkat awal, saya menggunaka­n kenderaan pacuan empat roda.

“Saya melakukan pekerjaan ini secara bersendiri­an namun ada ketikanya, terpaksa meminta bantuan pelanggan jika perlu mengangkat perabot bersaiz besar.

“Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan ialah berbuka puasa di jalan raya sepanjang Ramadan lalu dan bekerja sehingga jam 4 pagi pada malam Aidilfitri,” katanya yang berasal dari Shah Alam, Selangor. Menurut bapa kepada tiga anak ini, perkhidmat­an penghantar­an barangnya mendapat sambutan menggalakk­an sebelum dia mengembang­kan perniagaan itu dengan membeli sebuah lori tiga tan.

“Ini membolehka­n saya menghantar barangan dalam kuantiti lebih banyak, malah tidak menang tangan menguruska­nnya.

“Kini saya dibantu lima rakan yang ada di antaranya masih bertugas sebagai juruterban­g selain ada yang diberhenti­kan sebagai rakan kongsi perniagaan,” katanya.

Izzat Hakimi mengakui gembira kerana secara tidak langsung, dia dapat membantu rakan seangkatan yang kehilangan kerja selain pendapatan berkuranga­n.

“Walaupun upah atau gaji yang dibayar mungkin tidak sama sebagai juruterban­g namun ia cukup untuk membeli barangan keperluan harian untuk anak serta keluarga,” katanya yang turut dibantu abangnya dalam pembelian lori berkenaan.

Menurut Izzat Hakimi, walaupun rutin hidupnya berubah dan lebih banyak berada di jalanan serta pulang bekerja awal pagi, dia cukup bersyukur kerana masih diberikan rezeki untuk menyara keluarga.

“Saya tidak pernah malu menjadi pemandu lori yang memakai baju-T sebagai uniform rasmi harian.

“Saya juga tidak kekok dengan pekerjaan ini. Ada pelanggan mengetahui latar belakang saya sebagai juruterban­g dan mereka gembira dengan usaha ini,” katanya.

Menurut Izzat Hakimi, dia tetap akan meneruskan perniagaan berkenaan jika sektor penerbanga­n negara kembali pulih, malah bertekad mahu jenama Pok Jak Transporte­r & Services terus berkembang.

“Saya tidak pernah malu menjadi pemandu lori

Izzat Hakimi

 ??  ??
 ??  ?? IZZAT (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Kapten Muhaimin Hamzah, Kapten Syafiq Izzzad, Munawar Mohammad Taufik, Nik Muhammad Shamil dan Naim Nasri yang menjadi tunjang Pok Jak Transporte­r & Services.
IZZAT (tiga dari kiri) bersama (dari kiri) Kapten Muhaimin Hamzah, Kapten Syafiq Izzzad, Munawar Mohammad Taufik, Nik Muhammad Shamil dan Naim Nasri yang menjadi tunjang Pok Jak Transporte­r & Services.
 ??  ?? LORI tiga tan yang digunakan untuk penghantar­an perabot.
LORI tiga tan yang digunakan untuk penghantar­an perabot.
 ??  ?? IZZAT tidak kekok bertugas sebagai pemandu lori.
IZZAT tidak kekok bertugas sebagai pemandu lori.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia