Harian Metro

KERJA TAK PERNAH BERCUTI

Tiga premis rumah urut didalangi sindiket pelacuran digempur, 11 tukang urut diberkas

- Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Tiada istilah pelepasan cuti umum atau cuti sambutan Tahun Baharu Cina berikutan terdapat rumah urut didalangi sindiket pelacuran tetap beroperasi seperti biasa semalam.

Malah, kebanyakan tukang urut yang menawarkan khidmat seks membabitka­n warganegar­a Filipina, Thailand dan Indonesia dipaksa bekerja seperti biasa bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Kegiatan sindiket pelacuran ini jelas mencabar undang-udang apatah lagi ketika kerajaan menguatkua­sakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dengan melarang pusat urut, refleksolo­gi, premis hiburan dan pub daripada beroperasi.

Aktiviti maksiat itu dibongkar apabila sepasukan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu rumah urut di ibu kota dalam operasi bersepadu bermula jam 8 malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Penguatkua­saan DBKL, Osman Ismail berkata, serbuan besar-besaran itu dilakukan terhadap tiga rumah urut yang menjalanka­n aktiviti pelacuran di Jalan Langkawi, Setapak dan Jalan Kuchai Maju serta Seputeh di sini.

Menurutnya, pihak DBKL terlebih dahulu menjalanka­n siasatan dan risikan awal bagi mengumpul bukti aktiviti tidak bermoral dilakukan itu.

“Hasil serbuan dilakukan mendapati tiga premis dimasuki tidak mempunyai lesen perniagaan rumah urut yang sah.

“Pemilik pusat urut itu turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekeliling bangunan namun ia gagal menghalang tindakan dilakukan pihak berkuasa,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi itu seramai 11 tukang urut disyaki menawarkan khidmat seks membabitka­n warga Filipina, Thailand dan Indonesia diberkas.

“Selain itu, lima warga tempatan yang berperanan sebagai penjaga premis turut ditahan dan diambil tindakan lanjut oleh pihak PDRM.

“Petugas DBKL turut bertindak memecahkan struktur dinding yang dijadikan bilik untuk melakukan maksiat. Malah, pelbagai barangan termasuk tilam, tuala, perakam CCTV, kondom dan pelbagai peralatan dirampas,” katanya.

Menurutnya, semua premis itu diarah tutup serta-merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Menerusi statistik tindakan khas DBKL, sejumlah 18 premis (tiga hotel dan 15 pusat urut) yang menjalanka­n kegiatan maksiat diambil tindakan dan arahan penutupan premis bermula Januari hingga 13 Februari ini.

“Operasi dan kerjasama daripada agensi penguat kuasa lain akan diteruskan dari semasa ke semasa. Sebarang aduan oleh warga kota kepada pihak DBKL boleh disalurkan secara atas talian menerusi: http://ispaaadbkl.dbkl. gov.my/eApps/system/index.do,’ katanya.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA tukang urut warga asing yang diberkas dalam operasi bersepadu polis dan DBKL ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
ANTARA tukang urut warga asing yang diberkas dalam operasi bersepadu polis dan DBKL ketika sambutan Tahun Baharu Cina.
 ??  ?? TUKANG urut warga asing yang ditahan dalam serbuan.
TUKANG urut warga asing yang ditahan dalam serbuan.
 ??  ?? ANGGOTA penguat kuasa menyita premis.
ANGGOTA penguat kuasa menyita premis.
 ??  ?? ANTARA barangan yang dirampas pihak berkuasa dalam serbuan.
ANTARA barangan yang dirampas pihak berkuasa dalam serbuan.
 ??  ?? ANGGOTA DBKL memecahkan dinding premis pelacuran yang diserbu.
ANGGOTA DBKL memecahkan dinding premis pelacuran yang diserbu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia