Harian Metro

Lelaki ditahan noda anak saudara

-

Petaling Jaya: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak saudara perempuann­ya di rumah keluargany­a di Sea Park di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 14 tahun itu.

Menurutnya, mangsa mendakwa dirogol suspek berusia 41 tahun berkenaan sejak Mac hingga Disember tahun lalu ketika ibu gadis itu tiada di rumah selain adik-beradiknya pula sedang tidur.

“Susulan itu, pihak polis menahan suspek pada jam 7.30 malam hari sama, dan dia kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaa­n lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia