Harian Metro

Mayat tinggal rangka ditemui di pantai

-

Bachok: Satu mayat lelaki yang tinggal rangka ditemukan terdampar di pesisiran Pantai Kuala Kandis di sini, semalam.

Tiada pengenalan diri ditemukan dan mangsa dipercayai meninggal dunia lebih 10 hari berdasarka­n keadaannya yang tinggal tulang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok, Asisten Superinten­dan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat itu daripada orang awam pada jam 9.17 pagi.

Katanya, orang awam itu memaklumka­n dia menemui mayat berkenaan pada jam 8.03 pagi dengan jarak 20 meter dari pesisir pantai.

“Mangsa hanya berseluar pendek hitam dan kita tidak dapat menentukan umur mangsa kerana keadaan mayat sudah mereput.

“Siasatan awal tidak menemui sebarang pengenalan diri pada badan mangsa,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Yusrizal berkata, siasatan pihak forensik tidak menemui sebarang unsur jenayah atau senjata pada mangsa.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ) untuk bedah siasat dan kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Menurutnya, sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai polis berdekatan.

“Penemuan mayat lelaki ini menjadikan mayat ketiga ditemui di pesisir pantai daerah Bachok selepas penemuan mayat wanita dan lelaki pada 2 Februari dan 14 Januari, tahun ini.

“Dua mayat itu belum dituntut dan kami menjalanka­n siasatan lanjut berhubung penemuan semua mayat yang tinggal rangka itu,” katanya.

 ??  ?? POLIS mengangkat rangka lelaki yang ditemui sebelum dibawa ke HRPZ.
POLIS mengangkat rangka lelaki yang ditemui sebelum dibawa ke HRPZ.
 ??  ?? ANGGOTA forensik memeriksa rangka yang ditemui di pesisiran pantai Kuala Kandis, Bachok.
ANGGOTA forensik memeriksa rangka yang ditemui di pesisiran pantai Kuala Kandis, Bachok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia