Harian Metro

Pengarah didakwa cabul staf ditahan

-

Seorang pengarah sebuah agensi kerajaan di Selangor ditahan selepas didakwa mencabul seorang kakitangan wanita dalam satu kejadian di Pelabuhan Klang Selatan, Klang pada Selasa lalu.

Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan sebelum ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, kira-kira jam 9 pagi, semalam.

Sumber berkata, kejadian berlaku jam 2 pagi ketika mangsa berada di pejabat selepas selesai urusan kerja sebelum suspek bertindak mengamuk sambil berbaring dan mengarahka­nnya membuat minuman.

Menurutnya, lelaki itu meminta mangsa berusia 29 tahun mengangkat sumpah dengan al-Quran supaya tidak melaporkan apa-apa aktiviti buruk atau jenayah yang dilakukan suspek.

Katanya, suspek turut mendakwa akan menukarkan jawatan wanita itu.

“Lelaki itu kemudian dipercayai meminta mangsa membuka tudung dan memicit tangannya.

“Mangsa turut disuruh memicit badan lelaki terbabit sebelum dia mengarahka­n mangsa menanggalk­an pakaian dan melayannya sehingga puas,” katanya.

Sumber berkata, mangsa enggan dan menolak secara baik namun ditampar oleh suspek sehingga terjatuh.

“Suspek juga meminta mangsa melakukan seks oral menyebabka­n wanita itu menjerit dan ditampar sekali lagi.

“Malah, suspek turut merekod perbuatan itu menggunaka­n telefon bimbitnya dan meminta mangsa supaya berdiam diri dan mengugut akan dikenakan tindakan tatatertib jika melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia