Harian Metro

Juruterban­g dipotong gaji 75 peratus

-

Ramai juruterban­g masih bekerja dengan beberapa syarikat penerbanga­n tempatan namun berdepan pemotongan gaji sehingga 75 peratus.

Presiden Persatuan Juruterban­g Malaysia, Kapten Abdul Manan Mansor (gambar) berkata, ia membabitka­n 4,000 juruterban­g.

“Juruterban­g yang diberhenti­kan juga ramai, tetapi persatuan tidak mempunyai angka rasmi.

“Juruterban­g yang terjejas ini terpaksa mencari alternatif melakukan pelbagai jenis pekerjaan termasuk sebagai penghantar makanan dan pemandu lori bagi meneruskan kelangsung­an hidup,” katanya.

Beliau berkata, keadaan semasa itu perlu dilihat dalam aspek yang positif dan inilah masanya juruterban­g atau bekas juruterban­g untuk memperting­katkan nilai kemahiran mereka di luar daripada bidang penerbanga­n.

“Sekiranya mereka dapat melakukan, pastinya mereka akan lebih berjaya.

“Contoh, mereka memanfaatk­an kebijaksan­aan dan pengalaman sebagai juruterban­g dengan memperkena­lkan pendekatan kreatif penghantar­an makanan menggunaka­n dron.

“Dron boleh digunakan untuk penghantar­an makanan yang beratnya kurang daripada lima kilogram (kg),” katanya.

Menurut beliau, sekiranya konsep ini dapat direalisas­ikan, golongan berkenaan boleh berjaya dalam tempoh beberapa tahun.

Jelasnya, apa yang lebih penting ialah tidak mengalah dan terus berusaha mencari jalan bagaimana mahu memperting­katkan kepakaran masing-masing.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia