Harian Metro

Insiden polis ajak dating disiasat

-

“Memang salah saya keluar rumah tanpa memakai coli dan lupa membawa lesen memandu namun ia bukan alasan untuk anggota polis itu bertindak sedemikian (buat gangguan seksual).”

Begitu kata kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Anita, 24, mengenai pengalaman­nya berdepan gangguan seksual oleh seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) Jalan Duta di sini, kelmarin.

Anita berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu sendirian dalam perjalanan pulang dari Wangsa Maju ke Shah Alam, Selangor selepas mengambil barang pada jam 7 malam.

Katanya, dia kemudian ditahan seorang anggota polis yang bertugas di SJR berkenaan lalu diminta menunjukka­n surat kebenaran rentas negeri serta lesen memandu.

“Bagaimanap­un, saya gagal menunjukka­n lesen memandu kerana terlupa membawanya lalu anggota polis itu meminta saya memberhent­ikan kereta di bahu jalan untuk pemeriksaa­n lanjut.

“Ketika pemeriksaa­n itu, dia menegur saya yang memakai baju tidur tanpa coli. Tindakan dia menegur perkara itu (tidak memakai coli) menyebabka­n saya menjadi malu dan terus menutup dada kerana tidak selesa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, anggota polis itu juga memintanya membuka baju untuk ditunjukka­n kepadanya sebagai bukti bahawa dia benar-benar tidak memakai baju dalam.

“Saya yang marah dengan tindakan itu memintanya mengeluark­an saman sekiranya ada melakukan kesalahan. Namun, anggota itu terus pergi ke khemah dan mengambil telefon bimbitnya. Dia kemudian meminta saya memberikan nombor telefon sebelum saya dibenarkan meneruskan perjalanan pulang,” katanya.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia menerima panggilan telefon daripada anggota polis itu yang mengajakny­a untuk keluar janji temu.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Kes itu masih dalam siasatan dan pihak kami sudah membuka kertas inkuiri berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Jips) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya sedang menyiasat aduan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia