Harian Metro

Shuib, Siti Sarah dikompaun

-

Pasangan suami isteri, Siti Sarah dan suami, Shuib Sepahtu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis makanan di Kuala Lipis, Pahang, kelmarin.

Sarah berkata, perkara itu menjadi pengajaran buat dirinya dan suami dan berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP ditetapkan kerajaan.

“Kami singgah makan di restoran di tepi jalan selepas selesai menguruska­n banyak perkara. Kami mohon maaf. Ini adalah pengajaran untuk kami dan harap menjadi pengajaran untuk orang lain agar sentiasa patuh SOP.

“Apa yang penting, kami jadikan ia sebagai pengajaran dan sama-sama kita ikut semua saranan kerajaan okay?” katanya.

Dalam masa sama, Sarah dan suami juga turut berdepan dugaan lain ketika dalam perjalanan ke majlis pembukaan cawangan Bubble Bee di Kota Bharu dan Kubang Kerian, Kelantan.

Sarah berkata, salah seorang kakitangan Bubble Bee terbabit dengan kemalangan jalan raya namun bersyukur tiada kecederaan serius berlaku.

“Banyak dugaan sebelum kami sampai ke Kelantan untuk pembukaan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. 12 jam perjalanan. Bukan untuk datang bercuti, sebaliknya kami ke Kelantan sudah dapat kebenaran rentas negeri untuk menguruska­n pelancaran dua cawangan baharu di sana. Mulanya, pekerja kami terbabit dalam kemalangan. Kereta mereka terbabas naik ke atas bukit akibat jalan licin. Berderau darah saya bila dapat berita itu. Alhamdulil­lah syukur sangat kerana hanya kereta sahaja yang rosak, mereka tak alami kecederaan serius. Jadi, perjalanan kami diteruskan,” katanya.

Menurut Sarah, dia bersyukur apabila majlis pembukaan dua cawangan itu berjalan lancar.

“Akhirnya tadi sudah selesai pelancaran dua cawangan di Kubang Kerian dan Kota Bharu. Dugaan memang banyak tapi semuanya tak patahkan semangat kami,” katanya.

Terdahulu pasangan itu masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 seorang selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah premis restoran di Kuala Lipis.

“Kami mohon maaf. Ini adalah pengajaran untuk kami

Siti Sarah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia