Harian Metro

3,515 sembuh, 3,499 positif koronaviru­s

-

‘ Sebanyak 263 kes masih dirawat di unit rawatan rapi manakala 118 kes memerlukan bantuan pernafasan. KKM merekodkan lima kematian akibat Covid-19 di seluruh negara”

Jumlah kes sembuh Covid-19 semalam, merekodkan angka lebih tinggi iaitu 3,515 berbanding 3,499 bagi kes positif.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baru, 1,871 membabitka­n warganegar­a manakala bakinya warga asing.

Menurut beliau, Selangor kekal merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu 1,345 kes dengan 1,052 kes membabitka­n kluster serta saringan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan.

“Sebanyak 263 kes masih dirawat di unit rawatan rapi manakala 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“KKM merekodkan lima kematian akibat Covid-19 di seluruh negara,” katanya pada kenyataan, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, 10 lagi kluster direkodkan semalam, dengan sembilan daripadany­a adalah kluster tempat kerja dan satu membabitka­n kluster kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster tempat kerja baru membabitka­n masing-masing tiga di Johor dan dua di Selangor,” katanya.

Kuala Lumpur merekodkan dua kluster manakala Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing satu kluster.

Di Johor, kluster direkodkan adalah Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan i-Park Satu dan Kluster Jalan Lengkok Satu.

Manakala di Selangor, Kluster Lebuh Keluli dan Kluster Industri Selesa.

“Kuala Lumpur merekodkan Kluster Tapak Bina Jalan Peel dan Kluster Tapak Bina Jalil Utama.

“Negeri Sembilan merekodkan Kluster Persiaran Bunga Tanjung dan di Terengganu pula, Kluster Bukit Tengah,” katanya.

Kluster kumpulan berisiko tinggi di Kuala Lumpur pula membabitka­n Kluster Jalan Tun Razak.

“Setakat ini, 483 kluster aktif direkodkan dengan 85 kluster merekodkan pertambaha­n kes hari ini (semalam),” katanya.

Dr Noor Hisham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia