Harian Metro

41 KENA KUARANTIN

Jumlah pelatih Pulapol positif berkuranga­n tapi latihan belum bermula

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Seramai 41 pelatih Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disahkan positif Covid-19 menjalani kuarantin di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur.

Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din berkata, jumlah itu semakin berkuranga­n kerana ramai pelatih kembali sembuh namun program latihan belum bermula untuk proses sanitasi.

Menurutnya, ada juga pelatih di Pulapol negeri lain positif Covid-19, tetapi ia dalam jumlah sangat kecil.

“PDRM bekerjasam­a dengan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) dalam melaksanak­an ujian saringan Covid-19. Kita juga sudah menjalanka­n beberapa proses sanitasi iaitu di Pulapol Kuala Lumpur dan Pulapol Segamat.

“Kita mempunyai SOP yang ketat bagi memastikan tidak berlaku penularan jangkitan di Pulapol, malah mengehadka­n pergerakan keluar masuk,” katanya selepas menghadiri Jualan Mega Frontliner Bersama

PDRM di perumahan polis Keramat Wangsa di sini, semalam. Sementara itu, Ramli berkata, walaupun PDRM turut terkesan dengan pandemik Covid-19, pengambila­n pelatih polis diteruskan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam pasukan keselamata­n terbabit.

“Bagaimanap­un, jumlah pengambila­n pada tahun lalu berkuranga­n iaitu seramai 3,800 pelatih berbanding sasaran 7,200 orang. Ini kerana kita perlu memastikan penjarakan fizikal di pusat latihan berikutan kemudahan terhad dan SOP ketat,” katanya.

Sementara itu, mengenai program jualan mega, beliau berkata, ikan segar dijual pada harga murah untuk anggota polis sebagai penghargaa­n kepada petugas barisan hadapan menjaga keselamata­n dan ketenteram­an awam.

Menurutnya, ia dilaksanak­an oleh pembekal ikan, daging dan ayam (Pukat) dengan kerjasama Persatuan Penduduk Blok Melati PDRM.

SOP ketat agar tidak berlaku penularan jangkitan di Pulapol

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia