Harian Metro

Kemuka permohonan bantuan Maidam

-

Usahawan terkesan susulan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) layak mengemukak­an permohonan untuk mendapatka­n bantuan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, usahawan termasuk peniaga dan pengusaha kereta sewa boleh mengemukak­an permohonan melalui dalam talian dengan menyerahka­n dokumen serta borang disahkan untuk proses siasatan.

Beliau berkata, proses siasatan bagi setiap permohonan akan mengambil masa antara tiga minggu dan satu bulan untuk kelulusan.

“Kategori boleh diberi pertimbang­an kepada usahawan terkesan susulan PKP adalah bantuan sara hidup dan sejak pelaksanaa­n PKP Mac tahun lalu RM17 juta diluluskan serta disalurkan kepada golongan itu.

“Jumlah permohonan bantuan terutama membabitka­n kategori bantuan sara hidup sejak penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaa­n PKP meningkat setiap hari.

“Kami sudah mengarahka­n pegawai bahagian zakat supaya segera melakukan siasatan selepas menerima borang permohonan yang dihantar melalui dalam talian,” katanya.

 ??  ?? OSMAN
OSMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia