Harian Metro

Kaunter LHDN Pahang operasi esok

-

Operasi semua kaunter perkhidmat­an Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Pahang dibuka mulai esok.

Menerusi satu kenyataan, LHDN berkata kaunter setempat (perkhidmat­an percukaian), kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan kaunter duti setem dibuka setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 1 tengah hari.

“Bagi kaunter duti setem, pembayaran hanya diterima hingga jam 12 tengah hari sahaja,” katanya.

LHDN mengingatk­an semua pelanggan yang datang berurusan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Kementeria­n Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

Orang ramai yang ingin membuat pertanyaan atau mendapatka­n maklum balas boleh menghubung­i LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (luar negara) atau HASiL Live Chat atau Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan https://maklumbala­spelanggan.hasil.gov.my/MaklumBala­s/ms-my/. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia