Harian Metro

Hotel buat jualan but kereta

-

‘ Jadi, kami sedaya upaya mengukuhka­n kedudukan kewangan supaya pekerja sedia ada tidak berdepan kemungkina­n dibuang kerja”

Che Dzarudin Che Omar

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanak­an ketika ini memaksa hampir semua peniaga mahupun pihak perhotelan menukar strategi perniagaan mereka demi kelangsung­an hidup.

Pengurus Hotel Klana Beach Resort Port Dickson, Che Dzarudin Che Omar berkata, pihaknya mencari alternatif lain bagi menampung kos operasi dengan mengadakan jualan makanan secara bawa pulang, penghantar­an kepada pelanggan dan hidangan bajet.

“Selain itu, kami juga mengadakan jualan but kereta di kawasan perumahan berdekatan dengan mempromosi­kan lauk-pauk Negeri Sembilan pada harga berpatutan dan ia mendapat sambutan,” katanya.

Mengakui hotel berkenaan menanggung kerugian kira-kira RM1 juta susulan pembatalan tempahan acara dan majlis serta tempahan bilik dalam tempoh PKP dilaksanak­an, Che Dzarudin berkata, pihaknya kini tidak boleh lagi bergantung kepada pendapatan tempahan bilik semata-mata.

“Pelaksanaa­n PKP ini bukan sahaja menggusark­an pekerja hotel, malah pengurusan hotel turut berdepan tekanan kewangan yang tinggi untuk meneruskan perniagaan. Jadi, kami sedaya upaya mengukuhka­n kedudukan kewangan supaya pekerja sedia ada tidak berdepan kemungkina­n dibuang kerja,” katanya.

Peniaga gerai makanan dan minuman, Shahdan Mohd Shahlan, 26, turut menggunaka­n alternatif sama secara jualan but kereta di tempat tumpuan awam seperti di tepi pasar raya dan menerima tempahan penghantar­an makanan memandangk­an tidak ramai pelanggan yang datang ke gerainya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, negeri ini menyaksika­n enam hotel menutup sementara operasi hingga 18 Februari ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia