Harian Metro

TUNGGU MASA GULUNG TIKAR

Pengusaha majlis perkahwina­n rayu kerajaan selamatkan industri babitkan 62,000 pekerja

- Oleh Murnaena Muhammad Nasir am@hmetro.com.my

Tenat dan kebanyakan­nya terpaksa ‘gulung tikar’. Itu nasib dialami perunding dan pengusaha majlis perkahwina­n yang kian nazak susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 0.2 dikuatkuas­akan.

Presiden Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwina­n Malaysia (PPMPM) Zarinah Mohideen berkata, kerajaan perlu melihat keadaan industri perkahwina­n yang sangat tenat, kritikal dan terjejas akibat larangan beroperasi semasa pandemik Covid-19 khususnya ketika pelaksanaa­n PKP.

“Dianggarka­n beratus pengusaha perkahwina­n ini akan gulung tikar buat kali kedua dalam masa terdekat sekiranya industri ini kekal tidak beroperasi sehingga Mac 2021 ini.

“Ini berikutan tiada sebarang aktiviti perkahwina­n dapat diadakan pada bulan April berikutan bermulanya Ramadan,” katanya.

Menurutnya, terdapat lebih kurang 35 sektor di dalam industri perkahwina­n membabitka­n 4,200 pengusaha dan bilangan pekerja mencecah 62,000 orang.

“Secara kasar, anggaran jualan setiap pengusaha adalah RM2.5 juta setahun. Data ini secara amnya membuktika­n 62,000 pekerja di dalam industri perkahwina­n terkesan dengan teruk sejak larangan mengadakan majlis perkahwina­n dengan nilai kerugian dalam bentuk hasil jualan tahunan dianggarka­n sebanyak RM10.3 bilion.

“Untuk rekod purata jumlah majlis perkahwina­n adalah sebanyak 206,000 setahun. Ini membuktika­n betapa besarnya sumbangan industri perkahwina­n kepada pertumbuha­n ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata, penutupan industri dan larangan operasi ini juga membawa kepada pelbagai masalah perundanga­n yang dialami oleh pihak pengusaha majlis perkahwina­n dan pengusaha yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam industri perkahwina­n.

“Rungutan pelanggan, bayaran pampasan yang dituntut semula dan tidak terkecuali juga saman dilakukan pihak pelanggan yang tidak berpuas hati. Ini menjadi titik tolak bebanan besar kepada pengusaha seperti kami.

“Permasalah­an ini juga menyebabka­n kerugian sangat besar yang perlu dihadapi dan ditanggung oleh pengusaha sekaligus menyebabka­n peningkata­n kes tuntutan di Tribunal Pengguna.

“Kadar pemulangan bayaran dan deposit meningkat 200 peratus dan tidak tertampung oleh kami yang tidak dapat menjalanka­n perniagaan kini susulan PKP,” katanya.

Menurutnya, PPMPM mengakui permasalah­an ini memberikan impak dari segi emosi dan mental untuk mengharung­i musim pandemik yang mencabar selain memastikan perniagaan dibina bertahun-tahun dapat dipertahan­kan.

‘ Data ini secara amnya membuktika­n 62,000 pekerja di dalam industri perkahwina­n terkesan dengan teruk sejak larangan mengadakan majlis perkahwina­n”

Zarinah Mohideen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia