Harian Metro

Bendung pandemik dalam kalangan komuniti

-

Kerajaan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) akan mendekati masyarakat bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti di negara ini.

Program berkenaan digerakkan secara sukarela menerusi kepemimpin­an komuniti dan sukarelawa­n termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Ketua Pengarah (Bahagian Pengurusan Pasca Bencana) Nadma, Mohamad Azhan Md Amir berkata, pelaksanaa­n Kempen Pemerkasaa­n Komuniti Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) itu adalah usaha membendung penularan pandemik dalam kalangan komuniti.

Menurutnya, program itu menyasarka­n pembabitan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), pimpinan komuniti dan NGO sebagai barisan hadapan bagi menjaga keselamata­n kesihatan masyarakat.

“Selain pemantauan anggota Rela dan APM, program sukarela ini akan digerakkan oleh pemimpin komuniti dan NGO kerana lebih dekat dengan masyarakat sekali gus membolehka­n mereka melakukan pemantauan serta hebahan maklumat kesihatan awam.

“Ia termasuk memberi teguran dan nasihat berkaitan ketidakpat­uhan prosedur operasi standard (SOP) kepada komuniti seperti pemakaian pelitup muka serta penjarakan fizikal,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

 ??  ?? MOHAMAD Azhan
MOHAMAD Azhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia