Harian Metro

KILANG, TAPAK PROJEK LUBUK COVID-19

-

Kilang dan tapak bina terus menjadi ‘lubuk’ penularan koronaviru­s maut, Covid-19 apabila laporan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukka­n masih banyak kluster baharu dikesan daripada kedua-dua tempat kerja itu.

Kluster baharu ini, antaranya, sama ada hasil saringan bersasar, hasil saringan kontak rapat, hasil saringan individu bergejala dan hasil saringan sebelum pulang ke negara asal.

Berdasarka­n perangkaan KKM, untuk tempoh rangkuman terkini mingguan (6 Februari-12 Februari), dua negeri sering muncul di tempat teratas dalam senarai kluster tempat kerja (KTK) adalah Johor dan Selangor.

Hari ini (12 Februari), Johor merekod lima (5) lagi kluster baharu tempat kerja. Antaranya Kluster Jalan Besar Pontian, melibatkan sebuah kilang di Jalan Pontian, Pontian Besar. Setakat 12 Februari, 64 kes positif Covid-19 dikesan.

Pada 9 Februari, Kluster Senai City Lapan, hasil saringan bersasar kilang di Jalan I-Park Sc 8, Taman Perindustr­ian I-Park SAC, Senai, Kulai merekod 114 kes positif.

Sementara Selangor, kelmarin menambah dua lagi KTK antaranya, Kluster Tapak Bina Pantai Dalam yang merekod 94 kes positif Covid-19 setakat 12 Februari, hasil saringan bersasar pekerja sebuah tapak bina.

Pada 6 Februari, Kluster Industri Kampung Baru, melibatkan daerah Petaling, Selangor, hasil saringan bersasar tiga (3) buah kilang di Kampung Baru, Sungai Buluh, merekod 167 kes positif Covid-19.

KKM juga melaporkan kluster baharu dikategori­kan sebagai komuniti, keagamaan dan kumpulan berisiko tinggi (KBT).

Kluster baharu yang dilaporkan turut melibatkan syarikat perkhidmat­an, syarikat pembersiha­n, pusat pentadbira­n awam, pusat perubatan termasuk pusat dialisis, pusat jagaan, pusat pengajian, pusat beli-belah, ladang dan pusat tahanan.

Untuk tempoh rangkuman terkini mingguan (6 Februari-12 Februari), KKM melaporkan 86 kluster baharu dan 69 atau 80.2 peratus daripadany­a adalah kluster tempat kerja (KTK). Johor menyumbang 23 (33.3 peratus) KTK daripada 69 KTK sementara Selangor merekod 22 (31.9 peratus) KTK.

Kemunculan ketara KTK dikaitkan dengan program saringan dijalankan ke atas pekerja khususnya warga asing di kilang dan tapak binaan, bermula 1 Disember 2020.

Untuk rekod, jumlah kluster baharu sepanjang 6 Februari-11 Februari 2021 adalah seperti berikut:

Sabtu 6 Februari - 12 kluster baharu, 11 daripadany­a KTK.

Ahad 7 Februari - tujuh (7) kluster baharu, tiga (3) daripadany­a KTK.

Isnin 8 Februari - 13 kluster baharu, 11 daripadany­a KTK.

Selasa 9 Februari - 12 kluster baharu, 11 daripadany­a KTK.

Rabu 10 Februari - 11 kluster baharu, tujuh (7) daripadany­a KTK. Khamis 11 Februari - 17 kluster baharu, 13 daripadany­a KTK.

Jumaat 12 Februari - 14 kluster baharu, 13 daripadany­a KTK.

Secara keseluruha­nnya, setakat 12 Februari 2021, ada 484 kluster di Malaysia yang masih aktif dan dipantau.

Setelah dikejutkan dengan kes harian baharu Co

vid-19 melebihi lima ribu tiga hari berturut-turut iaitu pada 29 Januari 2021 (5,725 kes), 30 Januari 2021 (5,728 kes) dan 31 Januari 2021 (5,298 kes), secara keseluruha­nnya sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, jumlah kes harian baharu semakin stabil.

Paling melegakan negara mencatat kes harian baharu 2,764 kes pada 9 Februari, selepas kes harian baharu berlegar sekitar purata tiga (3) ribu hingga empat (4) ribu.

Kali terakhir Malaysia mencatat kes harian baharu sekitar dua ribu pada 13 Januari iaitu 2,985 kes dan selepas itu, kes harian baharu terus berlegar antara tiga dan empat ribu.

Manakala pada Jumaat 12 Februari, jumlah kes positif baharu seperti diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar mengenai situasi semasa jangkitan penyakit Covid-19 di Malaysia sebanyak 3,318 kes iaitu 3,311 kes penularan tempatan dan tujuh (7) kes import.

Daripada 3,311 kes penularan tempatan, 1,673 kes (50.5 peratus) melibatkan warganegar­a sementara 1,638 kes peratus (49.5 peratus) bukan warganegar­a.

Dengan 3,318 kes baharu, jumlah kes kumulatif Covid-19 di Malaysia kini melonjak kepada 258,306 kes dan kes aktif dengan kebolehjan­gkitan pula 51,579 kes.

Untuk rekod, kes harian baharu sepanjang rangkuman mingguan 6 Februari hingga 11 Februari 2021 adalah 3,487 (6 Februari), 3,731 kes (7 Februari), 3,100 kes (8 Februari), 2,764 kes (9 Februari), 3,288 kes (10 Februari), 3,384 kes (11 Februari) dan 3,318 kes (12 Februari).

Kes sembuh sehingga 12 Februari sebanyak 3,505 kes dan jumlah kumulatif kes pesakit pulih daripada Covid-19 kini 205,774 kes (79.7 peratus).

Rekod kes sembuh sepanjang 6 Februari hingga 12 Februari 2021 adalah 1,692 kes (6 Februari), 3,369 kes (7 Februari), 2,340 kes (8 Februari), 3,887 kes (9 Februari), 1,929 kes (10 Februari), 3,774 kes (11 Februari) dan 3,505 (12 Februari).

Dr Noor Hisham dalam catatan di Facebook peribadiny­a pada 11 Februari meminta kerjasama rakyat Malaysia sama-sama membantu menurunkan jumlah kes harian baharu Covid-19.

Beliau membuat permintaan itu dengan berkongsik­an laporan Institut Health

Metrics and Evaluation (IHME) berpangkal­an di Amerika Syarikat yang membuat ramalan pada Januari 2021 bahawa kes harian baharu Covid-19 di Malaysia akan meledak sehingga 20,000 kes sehari dari 3 Mac 2021.

“Semoga kita bersatu menewaskan virus ini dan mengenepik­an perbezaan serta kepentinga­n peribadi. Kita mesti kekal fokus memerangi virus ini dan melakukan yang terbaik untuk negara, Lindungi golongan yang lemah dan orang yang kita sayang. Duduk di rumah dan jaga diri dengan selamat sepanjang cuti perayaan (Tahun Baharu Cina) yang panjang ini,” kata Dr Noor Hisham.

Dengan rekod kes kumulatif 258,306, Malaysia kini berada di tangga 49 dalam senarai 216 buah negara yang dilanda pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia adalah Equador (262,213 kes) dan Belarus (263,551 kes).

Negara China yang melaporkan kes awal koronaviru­s maut ini pada penghujung 2019, di tangga 84 dengan 89,748 kes, sementara negara jiran Singapura di tangga 94 dengan 59,777 kes.

Sehingga Jumaat 12 Februari 2021, jumlah kluster Covid-19 dalam negara adalah sebanyak 962 kluster dan 478 kluster daripadany­a diisytihar tamat.

Jumlah kluster masih aktif sebanyak 484 kluster dan 83 kluster daripadany­a merekod pertambaha­n kes baharu. Tiga kluster dilaporkan menambah kes baharu tertinggi pada 12 Februari adalah Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258 kes) dan Kluster Selambau (136 kes).

Kluster Jalan Seelong melibatkan daerah Kulai di Johor, hasil saringan bersasar pekerja sebuah syarikat.

Kluster Tanjung Suria melibatkan daerah Sepang, Gombak, Kuala Selangor dan Huu Selangor di Selangor, hasil saringan bersasar tempat kerja melibatkan dua (2) buah kilang.

Kluster Selambau pula melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah, hasil saringan bersasar pekerja kilang yang menetap di Bukit Selambau.

Sementara itu, sebanyak 14 kluster baharu dilaporkan hari ini, melibatkan 13 kluster tempat kerja dan satu (1) kluster komuniti.

Antara KTK merekod kes positif Covid-19 yang tinggi ketika dijalankan saringan adalah Kluster Jalan Perindusti­an Getah melibatkan daerah Kulai, Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kluster ini hasil saringan pekerja kilang di Senai Industrial Estate, Kulai. Setakat 11 Februari, daripada 193 individu yang disaring, 102 kes dikesan positif Covid-19.

Pada 8 Februari, antara kluster menambah kes baharu yang tinggi adalah Kluster Industri Serkam yang mencatat 329 kes pada hari tersebut. KTK ini melibatkan daerah Jasin dan Melaka Tengah, Melaka, hasil saringan bersasar sebuah kilang pemprosesa­n ayam di Serkam, Merlimau. Sehingga Ahad 7 Februari, sebanyak 800 kes dilaporkan positif.

Menurut perincian KKM terhadap 3,318 kes positif yang dilaporkan pada 12 Februari, Selangor kekal menyumbang kes harian baharu terbanyak 1,214 kes iaitu 489 kes daripada kluster sedia ada, 367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19, satu kes import dan 357 kes daripada saringan lain. Ada dua kluster baharu, Kluster Tapak Bina Damar dan Kluster Taman Industri.

Johor merekod 742 kes dan menambah enam kluster baharu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Perindustr­ian Elektronik, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Perindustr­ian Pelepas, dan Kluster Ladang Pekan. Satu kes import.

Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur 374 kes dan satu kluster baharu, Kluster Tapak Bina Pantai Dalam dan lima (5) kes import, Kedah 188 kes dan satu kluster baharu, Kluster Selambau, Pulau Pinang 149 kes, Sabah 118 kes, Negeri Sembilan 118 kes, Perak 99 kes dan tiga (3) kluster baharu, Kluster Jalan Jelapang, Kluster Jalan Perusahaan Tiga dan Kluster Kampung Teluk.

Sarawak 83 kes, Kelantan 79 kes dan satu kluster baharu, Kluster Pangkal Changgong; Terengganu 72 kes; Melaka 45 kes dan satu (1) kluster baharu, Kluster Teknologi Berendam, Pahang 30 kes; Wilayah Persekutua­n Putrajaya enam (6) kes dan Wilayah Persekutua­n Labuan satu (1) kes.

Sementara itu, 258 kes Covid-19 memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi dan 119 kes daripadany­a memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 17 kes kematian dilaporkan kelmarin, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 di Malaysia kini 953 kes (0.37 peratus),

Untuk rekod, kes kematian sepanjang tempoh rangkuman adalah 12 kes (6 Februari), 15 kes (7 Februari), 24 kes (8 Februari), 13 kes (9 Februari), 14 kes (10 Februari), 13 kes (11 Februari) dan 17 kes (12 Februari).

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan akan dilaksanak­an secara berperingk­at, dibahagi kepada tiga fasa yang akan memberi manfaat kepada 80 peratus atau 26.5 juta rakyat Malaysia di mana vaksin Covid-19 akan diberikan secara percuma.

Fasa pertama melibatkan barisan hadapan (pertugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan) bermula Mac depan sehingga April 2021.

Fasa kedua (April hingga Ogos 2021) pula melibatkan sekitar 9.4 juta orang termasuk kumpulan berisiko tinggi termasuk warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas dan golongan orang kelainan upaya (OKU).

Fasa ketiga pula yang dijadualka­n bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas. - Bernama

Lindungi golongan yang lemah dan orang yang kita sayang. Duduk di rumah dan jaga diri dengan selamat sepanjang cuti perayaan (Tahun Baharu Cina) yang panjang ini”

Dr Noor Hisham

 ??  ?? PETUGAS Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sri Mulyadi Sri Soetarmant­o, 56, yang lengkap dengan peralatan perlindung­an diri (PPE) menguruska­n jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21,
Shah Alam.
PETUGAS Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Sri Mulyadi Sri Soetarmant­o, 56, yang lengkap dengan peralatan perlindung­an diri (PPE) menguruska­n jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
 ??  ?? PETUGAS kesihatan membantu petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah penyeliaan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) lengkap dengan peralatan perlindung­an diri
(PPE) ketika menguruska­n pengebumia­n jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, kelmarin.
PETUGAS kesihatan membantu petugas Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di bawah penyeliaan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) lengkap dengan peralatan perlindung­an diri (PPE) ketika menguruska­n pengebumia­n jenazah pesakit Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia