Harian Metro

Wartawan risiko diri buat liputan

-

Kuala Lumpur: Beberapa wartawan veteran mengatakan bahawa wartawan harus selalu berada di lapangan di mana aksi berlaku dan oleh yang demikian mereka juga boleh dikategori­kan sebagai barisan hadapan.

Aksi tersebut mungkin berupa peristiwa, bencana alam, kemalangan jalan raya atau insiden penembakan, dan untuk melaporkan dengan sebaik-baiknya mereka terpaksa turun padang.

Tidak ada bezanya juga dalam hal meliputi peristiwa yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 seperti sekatan pergerakan, sekatan jalan raya, pengedaran makanan dan sebagainya.

Tokoh Wartawan Negara Tan Sri Johan Jaaffar berkata, petugas media mahu tidak mahu terpaksa melaporkan pelbagai kegiatan dan aktiviti membabitka­n Covid-19.

Mengambil contoh situasi pandemik koronaviru­s kini, bekas Pengerusi Media Prima Bhd dan bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu berkata, ini termasuk merisikoka­n diri berada di tempat yang berlaku wabak itu seperti hospital, kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) dan pusat kuarantin supaya apa yang berlaku di tempat ini dapat digambarka­n dengan jelas kepada masyarakat.

“Tetapi tidak pula pernah disebut frontliner (barisan hadapan) itu terdiri daripada para wartawan, ini sepatutnya berlaku sebab dalam apa keadaan sekali pun para wartawan akan berada di hadapan,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan beberapa petugas media dikesan positif Covid-19 selepas membuat liputan berita, termasuk seorang petugas media yang membuat liputan Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu.

Tidak keterlalua­n juga, menurut Johan, sekiranya para petugas media ini diletakkan sebagai golongan terawal menerima suntikan vaksin Covid-19 atas faktor sifat pekerjaan mereka ini.

Petugas media merisikoka­n diri berada di tempat yang berlaku wabak seperti di hospital

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia