Harian Metro

Ismail Sabri nafi langgar SOP PKP

-

Kuala Lumpur: Menteri Kanan Keselamata­n Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membuat laporan polis berhubung penyebaran dua video lama yang memfitnah beliau melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md Rosdy di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, semalam.

“Video pendek yang pertama adalah ketika Datuk Seri Ismail Sabri membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada 14 Februari tahun lalu dan ditularkan kononnya sidang media terbaru,” katanya dalam satu kenyataan.

Azlina berkata, video kedua bertajuk Sendiri Buat SOP Sendiri Langgar yang tular itu pula sebenarnya rakaman Ismail Sabri menghadiri majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia