Harian Metro

GINJAL DAH TERKESAN

Bapa hidap psoriasis, anak mohon bantuan orang ramai untuk rawat penyakit kulit

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

Hati anak mana tidak sedih apabila melihat bapanya yang dulunya sihat, tetapi kini terlantar di wad akibat penyakit kulit, psoriasis.

Siti Nabilah Mohd Izani,

27, berkata, lebih menyedihka­n apabila penyakit bapanya, Mohd Izani Mustafa, 59, kini semakin serius dan hampir menyebabka­n masalah pada buah pinggang.

Kisah Mohd Izani yang menetap di Kampung Batang Gergaji Apal, Besut, Terengganu mendapat perhatian warganet selepas anak kelimanya, Muhammad Najmi, 21, berkongsi luahan selain mengharapk­an ada pakar kulit dapat merawat bapanya menerusi ciapan di Twitter, baru-baru ini.

Bercerita lanjut, Siti Nabilah berkata, bapanya menghidap penyakit itu sejak 30 tahun lalu namun keadaannya masih terkawal sebelum ini.

“Abah sudah lama ada penyakit itu, tetapi dulu tidak teruk dan masih boleh berjalan.

“Namun, keadaannya tiba-tiba menjadi seteruk ini apabila kulitnya menjadi kemerahan dan mengelupas manakala tangan serta kaki tidak dapat bergerak hingga memaksanya dimasukkan ke Hospital Besut pada 6 Februari lalu bagi mendapatka­n rawatan.

“Menurut pakar, penyakit abah tidak boleh dirawat dan dia kini bertahan dengan ubat dalam dos yang tinggi, tetapi ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada buah pinggangny­a,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Siti Nabilah berkata, buat masa ini, ibunya, Sharifah Radiah Mat Ali, 54, yang menemani dan menguruska­n bapanya di hospital.

Menurut Siti Nabilah, bapanya masih boleh mandi dan menyentuh air cuma dalam suhu yang tidak terlalu panas atau sejuk.

“Abah juga tidak boleh terdedah dengan cuaca panas atau berada dalam tempat terlalu sejuk.

“Menurut ibu, masalah kulit abah agak serius kerana keluar lendir dari liang romanya.

“Kami sekeluarga sedih melihat keadaan abah kerana dia dulunya seorang yang suka bergurau dan ceria, tapi kini terpaksa menahan sakit,” katanya.

Orang ramai yang berhasrat menghulurk­an sumbangan boleh menghubung­i Siti Nabilah di talian 019-985 8671 atau menyalurka­n bantuan menerusi akaun Maybank, Mohd Izani Mustafa, 1530103661­26.

 ??  ?? WAJAH terkini Mohd Izani.
WAJAH terkini Mohd Izani.
 ??  ?? MOHD Izani bersama isterinya, Sharifah Radiah Mat Ali ketika sihat. Gambar kanan, Sharifah Radiah setia menjaga suaminya, Mohd Izani di hospital.
MOHD Izani bersama isterinya, Sharifah Radiah Mat Ali ketika sihat. Gambar kanan, Sharifah Radiah setia menjaga suaminya, Mohd Izani di hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia