Harian Metro

‘Bawa budak ni sebelum gantung beg’

-

Kuala Lumpur:

“Hari last (akhir), bawa sekali budak malas (panda) ni pi cedok order sebelum gantung beg,” ciap Ahmad Uzair Abd Halim, 22, di Twitter.

Perkongsia­n gambar Ahmad Uzair bersama panda tular di Twitter yang diulang ciap 16,200 kali dan mendapat lebih 46,600 tanda suka.

Menerusi tiga gambar yang dikongsika­n itu, Ahmad Uzair dilihat memeluk, berjalan memimpin tangan dan duduk di atas motosikal bersama panda.

Menurutnya, imej panda dalam gambar ini adalah haiwan sebenar yang disunting menggunaka­n perisian Adobe Photoshop.

“Gambar asal, saya hanya bergambar sendirian di Tasik Serdang, Kedah, tetapi membuat suntingan untuk mengabadik­an kenangan hari terakhir bekerja sebagai penghantar makanan minggu lalu.

“Hasil suntingan ini juga membuatkan saya kelihatan seolah-olah bergambar bersama panda.

“Saya tidak sangka gambar ini menarik perhatian netizen,” katanya.

Menurut Ahmad Uzair, menyunting gambar adalah hobinya sejak di sekolah dan rakan mengetahui kebolehann­ya itu.

Ahmad Uzair yang berasal dari Kedah berkata, dia bekerja sebagai penghantar makanan sejak Disember tahun lalu dan menamatkan perkhidmat­an itu kerana akan kembali menyambung pengajiann­ya di Mesir.

“Saya akan pulang ke Mesir pada 16 Februari ini bagi meneruskan pengajian tahun dua dalam bidang syariah.

“Saya bekerja sebagai penghantar makanan kerana mahu mencari rezeki selain mengisi masa lapang sepanjang cuti pengajian disebabkan pandemik Covid-19.

“Sebelum ini, saya bekerja sambilan sebagai jurugambar perkahwina­n, tetapi banyak tugas tertangguh disebabkan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Berkongsi lanjut, katanya, dia gemar bekerja dan di Mesir, dia turut melakukan kerja sambilan sebagai pembantu kedai makan berhampira­n dengan rumah sewanya.

“Bekerja bukan sahaja membolehka­n saya menambah pengalaman, malah dapat mempelajar­i budaya masyarakat Mesir.

“Di Mesir, saya bekerja tiga kali seminggu iaitu pada hari yang tiada kuliah,” katanya sambil menambah pengajiann­ya dibiayai keluarga.

Hasil suntingan ini juga membuatkan saya kelihatan seolah-olah bergambar bersama panda”

Ahmad Uzair

 ??  ?? GAMBAR suntingan Ahmad Uzair bersama panda.
GAMBAR suntingan Ahmad Uzair bersama panda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia