Harian Metro

‘ADA SINAR BUAT KAMI’

Pasangan cari dana beli kaki palsu buat anak terima sumbangan RM5,000

- Oleh Redzuan Muharam redzuan.muharam@hmetro.com.my

“S‘

Saya dan suami tidak meletak harapan tinggi kerana tahu kosnya tinggi malah berasa seperti sudah tidak dapat menunaikan impian Syahmi untuk memiliki kaki”

Azlindahan­i

aya dan suami bersyukur sangat dengan sumbangan yang diterima, malah ia ibarat sinar buat kami yang hampir berputus asa sebelum ini,” kata Azlindahan­i Othman, ibu kanak-kanak tanpa betis, Syed Danial Syahmi Syed Mohd Yusuf, 10.

Azlindahan­i memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi perasaanny­a selepas menerima sumbangan RM5,000 daripada Tabung Kemanusiaa­n Media Prima-NSTP (Metro Prihatin) baru-baru ini buat anak bongsunya yang mesra disapa Syahmi.

Azlindahan­i, 39, berkata, sumbangan itu memberi sedikit kelegaan buatnya dan suami, Syed Mohd Yusuf Saiyid Hasan, 41, yang sebelum ini belum berhasil mengumpul wang bagi membeli kaki palsu buat Syahmi.

Bercerita lanjut, Azlindahan­i mengakui ada beberapa individu perseorang­an menghubung­i dan menunjukka­n minat untuk menawarkan bantuan selepas kisah anak bongsunya, Syed Danial Syahmi atau mesra disapa Syahmi disiarkan di Harian Metro.

Namun, belum ada maklum balas susulan diterima sehingga kini daripada individu terbabit.

“Pada 21 Januari lalu, Bioapps Sdn Bhd (syarikat pembuat alatan sokongan untuk tangan dan kaki serta anggota palsu) dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sudah memberi sebut harga bagi kaki palsu Syahmi namun saya dan suami tidak mampu menampung kosnya yang mencecah RM12,000.

“Persatuan Penyakit Jarang Jumpa (MRDS) juga ada menghubung­i kami dan menyatakan akan cuba membantu mengumpul dana.

“Namun, saya dan suami tidak meletak harapan tinggi kerana tahu kosnya tinggi malah berasa seperti sudah tidak dapat menunaikan impian Syahmi untuk memiliki kaki,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Azlindahan­i berkata, sumbangan diterima ternyata memberinya semangat untuknya berikhtiar sehingga Syahmi dapat berjalan seperti kanak-kanak normal.

“Syahmi ada bertanya bila dia akan ada kaki tapi saya mintanya bersabar dan dia faham.

“Syukur kerana Allah membuka lagi jalan untuk saya dan suami menunaikan hasrat Syahmi.

“Terima kasih tidak terhingga kepada Media Prima dan Harian Metro atas bantuan diberikan dan kami amat menghargai­nya,” katanya.

Disember lalu, portal dan akhbar Harian Metro menyiarkan kisah Syahmi yang bukan hanya dilahirkan tanpa betis, tetapi turut mempunyai masalah jantung berlubang dan sebelah buah pinggang saja.

Kisah Syahmi mendapat perhatian warganet selepas Azlindahan­i berkongsi kisah anaknya itu di Facebook (FB).

Satu hantaran yang menyentuh hati netizen ialah ketika Syahmi meluahkan hasratnya untuk mempunyai kaki dan ketinggian sama seperti Azlindahan­i serta abangnya, Syed Nabil Syarifuddi­n, 13.

Syahmi meluahkan hasratnya itu ketika Azlindahan­i bertanya apa hadiah dimahukan sempena hari ulang tahun kelahiran pada 5 Oktober lalu.

Orang ramai boleh terus menyalurka­n sumbangan ke akaun Affin Islamic Bank 1052800043­78 atas nama Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund (Metro Prihatin) atau cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad di Balai Berita.

 ??  ?? SYAHMI (kanan) bersama ibunya dan Syed Nabil.
SYAHMI (kanan) bersama ibunya dan Syed Nabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia