Harian Metro

Tidak lagi diami pondok usang

-

Masjid Tanah:

“Alhamdulil­lah, berkat sumbangan Tabung Metro Prihatin dan pelbagai pihak terutama Majlis Agama Islam Melaka (Maim), kami meneruskan kehidupan dengan lebih selesa.

“Kami bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang menghulurk­an sumbangan, kami tidak lagi tinggal di pondok usang,” kata Ahmad Firdaus Mohamad, 37.

Ahmad Firdaus yang lebih dikenali dalam kalangan penduduk Kampung Londang di sini dengan panggilan Ah Chong berkata, dirinya dan lima anggota keluargany­a tidak lagi dibelenggu kedinginan malam dan tidur beralas papan lapis.

Beliau dan isteri, Nurul

Amalina Brenjen Abdullah, 30, serta empat anak berusia antara tujuh bulan hingga tujuh tahun berpindah dari pondok usang yang dibina menggunaka­n bahan terbuang ke rumah sewa serba lengkap bulan lalu.

Menurutnya, ia hasil bantuan Maim mendapatka­n kediaman itu yang terletak kira-kira 100 meter dari pondok usang dihuni mereka sebelum ini.

Katanya, tiada kalimat yang mampu menggambar­kan kesyukuran itu selain berterima kasih kepada semua pihak kerana membantuny­a sejak penderitaa­nnya disiarkan Harian Metro pada 30 November lalu.

“Kami mengucapka­n jutaan terima kasih kepada Tabung Metro Prihatin yang menyumbang­kan RM5,000 dan Maim serta penderma lain dan berkat sumbangan itu, saya membeli seekor anak lembu dan dua anak kerbau untuk dipelihara,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a, semalam.

Beliau berkata, haiwan ternakan itu dijadikan sebagai perintis untuk memajukan industri penternaka­n haiwan ruminan kerana amat meminati bidang berkenaan.

Ahmad Firdaus yang tidak mampu membuat kerja berat akibat terbabit kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu sekadar bergantung rezeki mengambil upah memotong rumput dan menoreh getah di kebun milik ibunya.

Katanya, dirinya terhutang budi kepada Maim yang sudi menjelaska­n sewa bulanan RM400 selain berjanji membina rumah baharu untuknya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan kesempitan kehidupan keluarga terbabit yang terpaksa menghuni

pondok usang dibina menggunaka­n bahan buangan sejak dua tahun lalu dalam kebun getah.

Penderitaa­n itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud yang memohon Maim membina kediaman baharu untuk keluarga terbabit.

Sementara menunggu kediaman itu dibina, Maim menyewakan rumah untuk Ahmad Firdaus.

Tabung Metro Prihatin diwujudkan bagi membantu orang ramai menghulurk­an sumbangan kepada golongan memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Affin Islamic Bank 1052800043­78 atas nama Media Prima-NSTP Humanitari­an Fund (Metro Prihatin) atau cek kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad di Balai Berita.

Kami berterima kasih kepada semua yang menghulurk­an sumbangan Ahmad Firdaus

 ??  ?? AHMAD Firdaus dan anggota keluarga kini mendiami rumah sewa lebih selesa di Kampung Londang.
AHMAD Firdaus dan anggota keluarga kini mendiami rumah sewa lebih selesa di Kampung Londang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia