Harian Metro

AIR HITAM DAH TERJAWAB

Kawasan hutan di Jalan Sungai Lalang dijadikan tapak proses bijih timah haram

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Air berwarna hitam di longkang monsun di Taman Semenyih Permata, dekat sini, membongkar kegiatan pihak tertentu yang menjadikan kawasan hutan di Jalan Sungai Lalang berhampira­n kawasan perindustr­ian Hi-Tech 6, sebagai tapak pemprosesa­n timah haram.

Lokasi itu pula boleh dikatakan strategik kerana ia terletak kira-kira satu kilometer dari jalan utama dan dikeliling­i ladang kelapa sawit serta hutan.

Tinjauan wartawan Metro Ahad mendapati lokasi itu berbukit namun dilengkapi jalan berturap dan pastinya memudahkan kegiatan haram terbabit dijalankan.

Jalan persendiri­an yang dibina itu turut menghubung­kan beberapa dusun dan ladang kelapa sawit.

Wartawan turut mendapati, premis digunakan untuk memproses timah terbabit yang sudah disita dipagar dengan zink.

Ia sudah tentu bagi memastikan kegiatan pihak terbabit bukan saja tidak dapat dihidu pihak berkuasa malah penduduk sekitar.

Ketika tinjauan dijalankan, penguat kuasa Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) dan pihak berkuasa alam sekitar sudah berada di lokasi.

Beberapa jentera juga sudah disita dan tiada kelibat pekerja di premis haram terbabit.

Terdahulu, pihak berkuasa menerima maklumat berkaitan pencemaran selepas air berwarna hitam dikesan di longkang monsun di Taman Semenyih Permata.

Tindakan segera menutup saliran air ke longkang awam dijalankan supaya air dari premis haram terbabit tidak mengalir ke loji rawatan air (LRA).

Kelewatan menutup saliran air longkang itu boleh menyebabka­n henti tugas di LRA seterusnya berpotensi menyebabka­n gangguan bekalan air.

Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumka­n, Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau serta Hal Ehwal Orang Asli negeri Hee Loy Sian akan mengadakan sidang media berhubung kejadian itu jam 9.30 pagi hari ini.

 ??  ?? TAPAK lokasi pemprosesa­n timah di kawasan Hulu Semenyih disita kerana menyebabka­n pencemaran air.
TAPAK lokasi pemprosesa­n timah di kawasan Hulu Semenyih disita kerana menyebabka­n pencemaran air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia