Harian Metro

Akak pelawa remaja jual dadih di gerai

-

Kuala Lumpur: “Niat saya adalah untuk membantuny­a dan kerana itu saya mengajakny­a berniaga sama di gerai,” kata peniaga popia begedil, Afiera Riana Agoes.

Afiera Riana, 29, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas video dimuat naiknya di TikTok yang mendapat perhatian netizen dan sehingga semalam sudah meraih 645,700 tontonan.

Menerusi video itu, kelihatan Afiera Riana datang menghampir­i remaja, Fariz Aqil Maicel @ Muhammad Firdaus, 13, yang duduk berseorang­an menjual dadih tidak jauh dari gerainya di Taman Kosas, Ampang, Selangor.

Simpati dengan Fariz Aqil, Afiera Riana berpatah balik dan mempelawa remaja berkenaan berniaga di gerainya.

“Saya ternampak adik Fariz Aqil kelmarin (Khamis) dan pada mulanya hanya mahu membeli dadih dijualnya.

“Namun, saya jadi tidak sampai hati melihatnya berniaga sendiri dalam keadaan berpanas.

“Kerana itu saya mengajakny­a berniaga di gerai saya supaya dia dapat berteduh. Pada mulanya adik Fariz Aqil malu, tetapi saya dapat memujuknya,” katanya.

Menurut Afiera Riana, banyak kiriman mesej diterimany­a sejak berkongsi video berkenaan di TikTok.

Afiera

Riana berkata, kebanyakan­nya mahu menghulurk­an wang bagi membeli dadih dijual Fariz Aqil dan disedekahk­an kepada orang ramai.

“Sebenarnya, adik Fariz Aqil tidak minta sumbangan atau derma daripada orang ramai kerana dia hanya mahu berniaga bagi membantu ibunya selain mengisi masa terluang selepas tamat kelas Pengajaran dan Pembelajar­an Di Rumah (PdPR). “Bagaimanap­un, ramai yang prihatin dan mahu memberi sumbangan. “Ada juga yang datang ke gerai saya untuk membeli dadih dijualnya selepas menonton video di TikTok dan saya anggap itu rezeki dia,” katanya.

Afiera Riana berkata, dia tidak keberatan mengajak Fariz Aqil berniaga di gerainya sebaliknya puas dapat membantu serta berkongsi rezeki.

“Lagipun dia masih muda dan lebih selamat jika ada di gerai saya,” katanya.

Sementara itu, Fariz Aqil mengakui seronok kerana dapat peluang berniaga di situ.

“Alhamdulil­lah, ramai menyokong dan membeli dadih saya sejak video itu tular.

“Wang hasil jualan itu saya serahkan kepada emak dan terima kasih kepada kak Afiera kerana membantu,” katanya.

Fariz Aqil menjual dadih selepas tamat sesi PdPR

 ??  ?? AFIERA Riana (kanan) membeli dadih yang dijual Fariz Aqil dan kemudian mempelawa remaja itu berniaga di gerainya.
AFIERA Riana (kanan) membeli dadih yang dijual Fariz Aqil dan kemudian mempelawa remaja itu berniaga di gerainya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia