Harian Metro

100 laluan tikus dikesan di sepanjang 85 kilometer

-

Tumpat: Faktor geografi, kemajuan teknologi dan permintaan sentiasa ada antara punca kegiatan penyeludup­an berleluasa di kawasan sempadan negara.

Panglima 8 Briged, Brig Jen Zamsari Abu Hassan berkata, paras air Sungai Golok yang surut dan cetek mendorong penyeludup melakukan jenayah rentas sempadan bukan hanya menggunaka­n bot, malah boleh meredah tanpa pengangkut­an air.

Beliau berkata, walaupun modus operandi penyeludup sentiasa berubah, pihaknya bersama agensi penguatkua­saan lain sentiasa memperkasa­kan skop penugasan sepanjang Op Benteng yang dikuatkuas­akan sejak tahun lalu.

“Modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan ia membabitka­n beberapa perkara antaranya bentuk muka bumi yang menjadi cabaran kepada kami.

“Selain jarak sempadan dekat, keadaan sungai surut sekarang menyebabka­n barangan seludup mudah dibawa masuk atau keluar.

“Selain itu, permintaan sentiasa ada terutama barangan kontraban menyebabka­n aktiviti penyeludup­an terus berlaku,” katanya di sini, semalam.

Zamsari berkata, faktor seterusnya membabitka­n teknologi misalnya dron mungkin digunakan untuk melakukan jenayah rentas sempadan memandangk­an penguatkua­saan tegas dibuat semua agensi penguatkua­saan.

Menurutnya, biarpun penggunaan teknologi itu belum dikesan setakat ini, pihaknya sentiasa bersedia menghadapi sebarang taktik terbaharu penyeludup.

“Kawasan kami bermula dari Rantau Panjang sehingga ke Jeli iaitu sejauh 85 kilometer dan sepanjang laluan itu, lebih 100 laluan tikus dikenal pasti,” katanya.

Terdahulu, beliau hadir melihat kerja pembinaan sebuah rumah penduduk, Izwan Senik, 43, di Kampung Alor Duria di sini, menerusi Projek Jiwa Murni.

Program berkenaan disempurna­kan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

 ??  ?? AHMAD (dua dari kiri) diiringi Zamsari (dua dari kanan) meninjau kerja pembinaan rumah Izwan, semalam.
AHMAD (dua dari kiri) diiringi Zamsari (dua dari kanan) meninjau kerja pembinaan rumah Izwan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia