Harian Metro

RM450,617.85 lebur dalam sebulan

-

Melaka: Kes penipuan pelaburan tidak wujud semakin membimbang­kan di negeri ini apabila 17 kes direkodkan dengan kerugian RM450,617.85 hanya dalam tempoh sebulan sepanjang Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superinten­dan E Sundra Rajan berkata, wujud peningkata­n ketara apabila perbanding­an dibuat pada 2019 dan tahun lalu.

Menurutnya, tahun lalu, 146 kes direkodkan dengan kerugian RM6,027,488.21 berbanding 58 kes dengan kerugian RM262,734.62 tahun sebelumnya.

“Terbaharu pada 10 Februari lalu, seorang pengawal keselamata­n berusia 56 tahun kerugian RM16,700 dengan pelaburan saham tidak wujud.

“Pada awal Oktober tahun lalu mangsa yang tinggal di Batu Berendam diperkenal­kan rakan mengenai pelaburan saham di aplikasi WhatsApp dan membuat pembayaran pertama RM2,580 melalui pindahan wang ke nombor akaun Maybank diberikan suspek,” katanya.

Sundra berkata, pada 5 November 2020 mangsa diberikan link laman web pelaburan (www.neurobank.trade/odo.aspx) berserta ID dan kata laluan untuk melihat keuntungan diterima.

“Selepas mangsa melihat keuntungan­nya berganda, dia membuat penambahan pelaburan RM14,000.

“Pada 23 Januari lalu mangsa mahu mengeluark­an wang daripada mata wang euro ke ringgit Malaysia selepas membayar yuran RM120 ke akaun Maybank sama namun gagal.

“Mangsa membuat laporan di Balai Polis Malim dengan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia