Harian Metro

RAMPAS DADAH RM15.5 JUTA

Kejayaan tumpas aktiviti jenayah berat di laut penyuntik semangat anggota sempena ulang tahun APMM ke-16

- Bernama

Hasil kawalan berterusan, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menumpaska­n aktiviti jenayah berat di laut membabitka­n penyeludup­an dadah dengan nilai rampasan RM15.5 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarah APMM Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim, Mohd Zawawi Abdullah berkata, kejayaan yang diraih itu menyuntik semangat tambahan kepada anggotanya menjelang sambutan ulang tahun ke-16 APMM pada 15 Februari ini.

“Sepanjang tahun lalu, APMM Kedah dan Perlis menggagalk­an beberapa cubaan sindiket menjadikan kawasan perairan di sekitar kedua-dua negeri ini sebagai laluan penyeludup­an.

“Hasil operasi berterusan serta kerjasama erat dengan komuniti maritim, APMM merampas syabu seberat 61.5 kilogram bernilai RM12 juta, ganja seberat satu tan bernilai RM3 juta serta daun ketum seberat 4.8 tan bernilai RM500,000,” katanya selepas melakukan tinjauan di sekitar perairan ini, semalam.

Mengenai laporan ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia, Mohd Zawawi berkata, pihaknya belum menerima maklumat pelarian terbabit menuju ke perairan negara ini khususnya di Langkawi.

“APMM terus memantau perkara itu, menerusi kerjasama agensi berkaitan, kita pastikan sempadan negara tidak diceroboh,” katanya menambah penugasan Op Benteng yang turut membabitka­n agensi penguatkua­saan lain bagi memastikan perairan negara tidak diceroboh.

 ??  ?? ANGGOTA APMM Kedah dan Perlis melakukan pemeriksaa­n ke atas bot nelayan di kawasan perairan pulau, semalam.
ANGGOTA APMM Kedah dan Perlis melakukan pemeriksaa­n ke atas bot nelayan di kawasan perairan pulau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia