Harian Metro

IDEA LYNCEUS BAKAL LENYAP

Spesies rama-rama asal Malaysia diancam kepupusan kerana kajian, konservasi berdepan kekangan dana

-

Tahukah anda rama-rama spesies Idea lynceus yang mempunyai kepompong unik berwarna keemasan dan cantik mampu melakukan penerbanga­n ulang-alik dari Melaka ke Kuala Lumpur sebanyak 44 kali dalam tempoh hayatnya 14 hari?

Bagaimanap­un, rama-rama bersayap hitam berbintik putih dari keluarga Danaidae yang terkenal dengan ‘penerbanga­n’ seperti sekeping kertas tisu terapung di udara hanya terdapat di Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka di Ayer Keroh di sini, bakal lenyap berikutan kajian mengenainy­a sejak 16 tahun terpaksa dihentikan.

Pengurus taman berkenaan, Qurratu A’in Rohaminord­in berkata, pihaknya tidak lagi dapat membiakkan rama-rama berkenaan akibat kekurangan dana berikutan kehilangan sumber utama iaitu penjualan tiket, sekali gus terpaksa menghentik­an kajian terhadap spesies itu yang dilakukan sejak 2005.

“Pada 1 Februari lalu, pihak kami melepaskan 10 ekor rama-rama Idea lynceus dan masih berbaki 10 ekor di pusat konservasi ini yang menunggu masa untuk mati kerana kitaran hayatnya yang pendek,” katanya.

Beliau berkata, di seluruh dunia, hanya Taman Rama-Rama dan Reptilia Melaka sahaja yang membiakkan rama-rama itu kerana ia berasal dari Malaysia dan kadangkala boleh ditemukan di sebahagian Indonesia dan Thailand.

Katanya sejak melakukan kajian 16 tahun lalu terhadap spesies itu, pihaknya mencapai tahap 90 peratus pemahaman mengenai Idea lynceus termasuk jantina, pokok perumah dan lain-lain perkara mengenai rama-rama berkenaan.

“Namun kerana tiada pengunjung akibat pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kami tidak mampu menjual tiket sekali gus menyukarka­n operasi di pusat konservasi ini memandangk­an ia dimiliki oleh pihak swasta,” katanya

Beliau berkata, walaupun pihaknya mempunyai program adopsi di mana peminat boleh membayar harga tertentu bagi mendapatka­n kepompong ulat beluncas bagi melihat proses rama-rama keluar daripada kepompong namun ketika ini ramai yang tidak mampu menyertai program berkenaan kerana mereka juga terpaksa berjimat cermat.

“Justeru, kami berharap ada mana-mana pihak yang mampu menolong pusat konservasi ini untuk mampu bertahan sekali gus menyelamat­lynceus kan Idea dariterus pada pupus kekita tika masih berdengan depan ancaCovid-19 man yang menyukarka­n kehidupan semua,” katanya.

Beliau menjelaska­n kePKP tika 1.0 yang dilaksapad­a nakan tahun lalu, pihaknya mendapat bantuan daripada Jabatan PerlinduHi­dupan ngan Liar dan TaNegara man Semenanjun­g Malaysia (Perhilitan) yang menyalurka­n bantuan makanan

kepada reptilia di pusat konservasi berkenaan selain Program Subsidi Upah oleh kerajaan bagi memastikan pekerja masih boleh melaksanak­an tugas mereka.

Bagaimanap­un, katanya, PKP 2.0 dilaksanak­an sejak 13 Januari lalu menyebabka­n pusat konservasi berkenaan hanya beroperasi pada tahap minimum dalam usaha menjimatka­n kos sehingga pihaknya terpaksa melupuskan kira-kira 3,000 ulat beluncas pelbagai spesies termasuk Idea lynceus pada tahun lalu.

Menurutnya Idea lynceus, yang diletakkan di bawah Akta Perlindung­an Hidupan Liar 2010 kerana hampir pupus mula dikaji di pusat konservasi tersebut sejak 2005 dan kejayaan pertama bermula pada November 2011 apabila pihaknya berjaya membiakkan telur rama-rama berkenaan.

“Ketika berada di habitat asalnya di dalam hutan, rama-rama betina mampu menghasilk­an kira-kira 200 biji telur namun yang mampu hidup hanyalah dua peratus ataupun empat ekor sahaja, menjadikan ia antara serangga yang paling terancam.

Pusat konservasi ini boleh menghasilk­an kira-kira 500 ekor Idea lynceus sebulan ketika ia mampu beroperasi pada tahap optimum dengan bantuan daripada pekerja dan penyelidik di tempat ini dan kami turut melepaskan secara berkala 20 peratus rama-rama jenis ini hasil pembiakan dalam usaha menambah jumlah Idea Lynceus di habitat asalnya.

Menjelaska­n mengenai pembiakan rama-rama jenis itu, Qurratu A’in berkata, peratusan untuk melihat kemandiria­n spesies tersebut yang mampu membesar sehingga 165 milimeter (mm) semakin tinggi apabila dibiakkan di dalam makmal sehingga boleh mencapai tahap 90 peratus.

Beliau berkata, bagaimanap­un bukan mudah membiakkan Idea lynceus ini kerana memerlukan sejenis pokok renek dari jenis Agnosma sp yang juga sukar untuk dibiakkan walaupun berada dalam persekitar­an terkawal.

Katanya, di pusat konservasi berkenaan, satu pertiga daripada 2.83 hektar kawasan itu ditanam dengan pokok renek Agnosma sp ini namun daripada 100 batang pokok yang ditanam, hanya satu batang pokok sahaja yang mampu hidup.

Pada 1 Februari lalu, pihak kami melepaskan 10 ekor rama-rama Idea lynceus dan masih berbaki 10 ekor di pusat konservasi ini yang menunggu masa untuk mati kerana kitaran hayatnya yang pendek”

Qurratu A’in Rohaminord­in

 ??  ?? QURRATU A’in menunjukka­n ulat beluncas terakhir Idea lynceus.
KEPOMPONG Idea lynceus yang unik berwarna keemasan.
QURRATU A’in menunjukka­n ulat beluncas terakhir Idea lynceus. KEPOMPONG Idea lynceus yang unik berwarna keemasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia