Harian Metro

71.19% penduduk Israel terima vaksin

-

England:

Israel mencatatka­n jumlah penduduk paling ramai menerima vaksin Covid-19 dengan 71.19 peratus populasiny­a menerima sekurang-kurangnya dos pertama.

Ia diikuti Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan 48.45 peratus pendudukny­a menerima vaksin Covid-19, berdasarka­n angka kumulatif diperoleh bagi setiap 100 penduduk yang dikeluarka­n portal Our World in Data yang dihasilkan penyelidik Universiti Oxford.

Berdasarka­n statistik sehingga 11 Februari 2021, selain Israel dan UAE, United Kingdom (UK) berada di kedudukan ketiga dengan 20.67 peratus, diikuti Amerika Syarikat (AS) dengan 14.02 peratus, Chile (8.39 peratus), Kesatuan Eropah (4.41 peratus) dan Brazil (2.07 peratus).

Dari segi jumlah penduduk, statistik dikeluarka­n portal berkenaan menyaksika­n 160.07 juta penduduk dunia menerima vaksin Covid-19.

Berdasarka­n jumlah penduduk yang menerima vaksin, AS mencatatka­n negara dengan jumlah tertinggi pemberian vaksin iaitu 46.39 juta individu.

China mencatatka­n jumlah 40.52 juta pendudukny­a sudah menerima vaksin manakala Kesatuan Eropah (19.63 juta), UK (14.03 juta) dan Israel (6.16 juta).

Bagi Asia Tenggara, hanya Indonesia, Singapura dan Myanmar yang sudah melaksanak­an kempen vaksinasi.

Indonesia mencatatka­n 1.36 juta pendudukny­a menerima vaksin manakala Singapura (256,000) dan Myanmar (103,142). - Agensi

160.07 juta penduduk dunia menerima vaksin Covid-19

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia