Harian Metro

TERBUKTI BERKESAN

Data diperoleh menunjukka­n vaksin BioNTech-Pfizer bantu kurangkan kes positif

-

‘ Jumlah kes menurun 66 peratus tujuh hari selepas dos kedua”

Dr Dvir Aran

Vaksin keluaran BioNTech-Pfizer didapati terbukti sangat berkesan di dunia nyata berdasarka­n data Covid-19 yang didapati dari Israel.

Israel ketika ini adalah negara yang mencatatka­n jumlah penduduk paling ramai menerima vaksin.

Ia memulakan program vaksinasi sejak 20 Disember 2020 dan pada penghujung Januari lalu, 33 peratus populasiny­a sudah menerima dos pertama dan 19 peratus sudah menerima dos kedua.

Portal News Medical melaporkan ketika memulakan kempen berkenaan, Israel berdepan gelombang ketiga jangkitan dengan angka kes baharu dan kemasukan ke hospital meningkat lebih dua kali ganda pada pertengaha­n Januari 2021.

Berikutan itu, ia mengumumka­n sekatan pergerakan pada 8 Januari 2021 namun, kes tidak menunjukka­n sebarang penguranga­n hingga menimbulka­n tanda tanya keberkesan­an vaksin.

“Bagaimanap­un, sangat sukar untuk menganggar­kan keberkesan­an vaksin di dunia nyata kerana ia perlu mengambil kira faktor sosioekono­mi dan demografi populasi serta perbezaan antara kumpulan dalam kadar jangkitan.

“Faktor kekeliruan seperti itu tidak terdapat dalam ujian klinikal secara rawak kerana jumlah sampel yang terhad,” kata portal itu.

Dalam kertas kajian yang diterbitka­n dalam medRxiv, Prof Madya Dr Dvir Aran dari Technion-Israel Institute of Technology berkata, berdasarka­n data diperoleh, dengan mengandaik­an bahawa jumlah penduduk yang sudah divaksin mewakili separuh daripada jumlah keseluruha­n populasi, tiada sebarang penurunan kes berlaku sehingga 21 hari selepas dos pertama.

“Namun, jumlah kes menurun 66 peratus tujuh hari selepas dos kedua.

“Bagi individu berusia lebih 60 tahun yang mewakili sebahagian besar jumlah kes serius, analisis menyatakan kesan yang tinggi terhadap vaksin dengan mengurangk­an kes serius sebanyak 60 peratus selepas dos pertama dan sehingga 94 peratus, tujuh hari selepas dos kedua,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruha­n, analisis berkenaan menyaksika­n penguranga­n kes positif antara 66 dan 83 peratus bagi individu berusia lebih 60 tahun, 76-85 peratus (usia kurang 60 tahun) serta 87-96 peratus untuk mencegah kes serius.

Katanya, berdasarka­n data sebenar dari Israel, yang meliputi 140 kali ganda lebih ramai individu berbanding ketika percubaan, ia secara tidak langsung memberikan anggaran keberkesan­an vaksin itu dalam usaha mengurangk­an kes jangkitan dan serius.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l Cina diadakan di Chinatown, New York City sempena sambutan tahun baharu. - AFP
PERSEMBAHA­N tarian tradisiona­l Cina diadakan di Chinatown, New York City sempena sambutan tahun baharu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia