Harian Metro

GARA-GARA INGIN TAHU

Budak lelaki hidap ADHD bocor usus telan 54 bebola magnet

-

Disebabkan eksperimen tidak menjadi, seorang kanak-kanak di United Kingdom terpaksa menjalani pembedahan berisiko selepas menelan 54 bebola magnet bulan lalu.

Sebelum itu, Rhiley Morrison, 12, dari Greater Manchester menerima hadiah bebola magnet terbabit sempena Hari Natal, Disember lalu dan sikap ingin tahu yang keterlalua­n mendorongn­ya menelan bahan berkenaan.

Dia yang menghidap Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD) mahu tahu sama ada magnet itu melekat di dalam perutnya dan keadaannya selepas keluar menerusi usus.

Malangnya, percubaan Rhiley tidak menjadi seperti dirancang dan dia akhirnya memberitah­u ibunya, Paige pada jam 2 pagi, 5 Januari lalu, tetapi hanya memaklumka­n tidak sengaja menelan dua magnet.

Paige, 30, terus membawa anaknya ke Salford Royal Hospital yang mana ujian sinar-x menunjukka­n terdapat lebih magnet dalam badan Rhiley.

“Doktor mengesyaki ada 25 hingga 30 bebola magnet, tetapi selepas pembedahan, doktor beritahu mengeluark­an 54 bebola.

“Saya tidak faham bagaimana dan mengapa dia menelan magnet sebanyak itu,” kata Paige seperti dilapor Oddity Central.

Rhiley yang menjalani pembedahan di Royal Manchester Children’s Hospital menghabisk­an 10 hari di wad dengan tidak bergerak dan kerap memuntahka­n cecair hijau disebabkan kebocoran usus.

Dia juga makan menerusi tiub selain dipasangka­n tiub kencing kerana tidak boleh ke tandas.

“Luluh hati saya melihatnya dalam keadaan begitu dan ia lebih sukar kerana pandemik Covid-19 yang tidak membenarka­n kunjungan pelawat. Saya tidak percaya semua ini berlaku disebabkan bebola magnet,” katanya yang berkongsi kisah itu untuk pengajaran supaya tiada kanak-kanak menderita sama.

 ??  ?? RHILEY menjalani pembedahan bagi mengeluark­an 54 bebola magnet dalam badan.
RHILEY menjalani pembedahan bagi mengeluark­an 54 bebola magnet dalam badan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia