Harian Metro

Wanita kena pecat kerana bertatu

-

London: Malang nasib seorang wanita dari Swansea, Wales apabila dipecat selepas 30 minit ditawarkan bekerja di syarikat peruncitan dan logistik kerana bertatu.

Claire Shepherd, 32, berkata, dia menjalani temuduga secara panggilan telefon dan ditawarkan jawatan yang menjadi idamannya selepas itu namun kemusykila­n mula timbul sebaik dia menerima emel mengenai polisi syarikat.

Katanya, dalam e-mel itu dinyatakan pekerja tidak boleh mempunyai tatu dan dia menelefon pengurus syarikat untuk pengesahan sama ada mereka masih boleh menerimany­a.

“Dia (pengurus) memaklumka­n, mereka tidak tidak boleh menggaji saya. Saya dapat kerja itu untuk setengah jam sahaja.

“Ia sangat mengejutka­n dan saya berkongsi mengenainy­a di Facebook (FB), tiba-tiba hantaran itu hangat serta tular.

“Selepas beberapa hari, mereka (pihak syarikat) menawarkan pekerjaan itu semula kepada saya, tetapi saya menolaknya,” katanya seperti dilapor Daily Star.

Dalam hantaran FB, Claire berkongsi pandangann­ya bahawa tatu tidak menjejaska­n prestasi dan keupayaan seseorang dalam melakukan tugas, malah ia tidak mendatangk­an ancaman atau berisiko.

“Tatu hanya sejumlah warna atau gambar di kulit badan. Sebelum ini saya bekerja sebagai penolong pengurus tapi tiada isu berbangkit. Bagi saya, selagi seseorang itu mampu menjalanka­n tugas dengan baik, saya tidak nampak mana salahnya),” katanya. - Agensi

 ??  ?? SEKUMPULAN jururawat turut serta dalam protes menentang pemerintah­an junta tentera di Yangon, Myanmar. - AFP Jururawat protes pemerintah­an junta
SEKUMPULAN jururawat turut serta dalam protes menentang pemerintah­an junta tentera di Yangon, Myanmar. - AFP Jururawat protes pemerintah­an junta

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia